Seo Services

UPP berjanji memberi sokongan penuh kepada GPS dan Abang Johari


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) berjanji memberi sokongan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Presidennya, Dato Sri Wong Soon Koh berkata UPP selaku parti yang berasal dari Sarawak sentiasa bersedia untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Sarawak.

Wong yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang menambah, UPP bersedia untuk berusaha sepenuhnya menyokong usaha-usaha Ketua Menteri mengembalikan hak-hak Sarawak dan melindungi Sarawak.

"Kami, UPP, berjanji memberi sokongan penuh kepada GPS di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Johari," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan untuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sokongan Barisan Nasional (BN) berkurangan terutamanya dalam kalangan pengundi bandar.

Katanya, ia telah membawa kepada perubahan minda dan peralihan besar kepada Pakatan Harapan (PH) dalam kalangan pengundi tidak sukar dikesan tetapi perubahan minda pengundi menimbulkan beberapa soalan menarik.

"Pertama, bolehkah kemenangan pada PRU14 membawa perubahan besar kepada landskap politik Sarawak seperti didakwa PH?

"Kedua, adakah kemenangan PH dapat mengatasi peralihan parti politik yang berterusan oleh rakyat Sarawak seperti dituntut oleh PH?," katanya.

Menurutnya semua sedia maklum, pengaruh PH itu disebabkan tindakan salah seorang dua dan kesan buruk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin tidak kekal lama dan boleh membuktikan hanya seketika serta sementara atau mungkin fasa perkembangan politik.

"Tetapi, inilah satu pengajaran yang mesti dipelajari agar GPS membuat persiapan lebih baik untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 yang akan diadakan dalam tempoh dia hingga tahun akan datang," katanya. - Utusan Borneo

UPP berjanji memberi sokongan penuh kepada GPS dan Abang Johari UPP berjanji memberi sokongan penuh kepada GPS dan Abang Johari Reviewed by Admin on July 17, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.