Seo Services

Keputusan kekal Dr Ting ADUN Pujut, peguam DUN diarah kemuka rayuan


KUCHING: Pasukan peguam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diarah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut.

Speaker DUN Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar berkata jika keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini dikekalkan, Dewan Rakyat dan DUN akan menghadapi kesan ketidakberkesanan dalam menguatkuasakan peruntukan tertentu yang sangat penting.

“Jika keputusan Parlimen dan Speaker boleh dicabar di mahkamah dan mahkamah mengatasi keputusan Parlimen dan Speaker, maka keputusan Parlimen dan Speaker boleh diketepikan,” katanya pada Persidangan DUN Sarawak, semalam.

Asfia berkata peruntukan perlembagaan sepatutnya dibaca secara harmoni dengan peruntukan perlembagaan lain agar memberi makna kepada Parlimen.

“Susulan perkembangan ini, saya meminta barisan guaman mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 13 Julai 2018 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Dr Ting sebagai ADUN Pujut.

Keputusan dicapai apabila hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta Harmindar Singh Dhaliwal bersetuju menolak rayuan Asfia dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh yang tiada bidang kuasa untuk memutuskan pembatalan kelayakan Dr Ting kerana faktor penyingkiran tersebut berlaku sebelum pilihan raya.

Abang Iskandar ketika membacakan penghakiman berkata DUN Sarawak bukanlah forum yang sewajarnya untuk memutuskan berkenaan keanggotaan Dr Ting mengikut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan dan Speaker DUN itu telah silap mengguna pakai Perkara 17(1)(g) Perlembagaan Negeri Sarawak.

“Keputusan yang dicapai oleh 70 ADUN mengundi dan menyokong usul dikemukakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Datuk Seri Wong Soon Koh semasa Persidangan DUN Sarawak tahun lepas adalah terbatal dan tidak sah,” katanya.

Manakala Hakim Mary Lim Thiam Suan pula dalam penghakimannya berkata Dr Ting jelas tidak mempunyai kelayakan untuk dipilih sebagai ADUN kerana beliau telah mengambil kewarganegaraan Australia.

“Penolakan Dr Ting sebagai warganegara Australia juga tidak melayakkan beliau menjadi wakil rakyat kerana beliau telah bersumpah setia untuk menjadi warganegara tersebut,” katanya.

Pada 12 Mei tahun lepas, DUN memutuskan melalui undi majoriti untuk menolak kelayakan Dr Ting sebagai ADUN Pujut kerana beliau memegang dua kerakyatan iaitu Australia dan Malaysia.

Dr Ting mendapat kembali kedudukannya sebagai ADUN Pujut melalui keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 17 Jun tahun lepas.

Mahkamah itu juga mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan bagi kerusi kawasan berkenaan.- Utusan Borneo

Keputusan kekal Dr Ting ADUN Pujut, peguam DUN diarah kemuka rayuan Keputusan kekal Dr Ting ADUN Pujut, peguam DUN diarah kemuka rayuan Reviewed by Admin on July 17, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.