Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun mati dibelasah sami menggunakan kayu selain dihempas pada tiang batu kerana bermain-main ketika sesi tafakur di sebuah kuil, hujung minggu lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa dibelasah Suphachai Suthiyano, 64, menggunakan batang buluh pada belakangnya sebelum kepalanya dihempas pada tiang batu di kuil di Kanchanaburi itu.
Kanak-kanak itu koma sebelum meninggal dunia kelmarin, kata kakitangan hospital tempatan yang enggan dikenali kepada AFP semalam.
Kejadian itu berlaku dalam pada Thailand bergelut pelbagai skandal membabitkan golongan sami termasuk peras ugut, seks dan salah guna dadah.
Suspek yang dipecat selepas ditahan Ahad lalu, sudah didakwa di mahkamah.
Ibu mangsa, Sukunya Tunhim memberitahu media Thai dalam perbualan telefon dia tidak akan memaafkan tertuduh.- bnpportal
Budak 9 tahun mati dibelasah sami di Thailand
Reviewed by Admin
on
August 25, 2018
Rating:
No comments: