Seo Services

Firma anak Taib mohon injunksi terhadap BMF


Sakto Corporation, sebuah syarikat berpangkalan di Kanada yang dikendalikan oleh Jamilah Taib dan suaminya Sean Murray, sedang memohon perintah injunksi terhadap NGO alam sekitar Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF).

BMF sering mendedahkan kekayaan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang didakwa mengumpulkan sejumlah besar kekayaan semasa menjadi ketua menteri negeri itu selama 33 tahun.

Sakto, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui firma perhubungan awam GRA Communications, berkata permohonan untuk injunksi itu telah difailkan di Mahkamah Sivil Basel di Switzerland.

"Injunksi itu bertujuan untuk mengarahkan BMF untuk menghapuskan dari domain awam berhubung kenyataan palsu dan tuduhan spekulasi berkaitan dengan Sakto.

"Ini berjumlah lebih 1,100 kenyataan yang tidak betul dan lebih 250 penerbitan. Perintah injunksi itu juga bertujuan untuk melarang BMF daripada mengulangi komen-komen yang memfitnah," katanya dalam kenyataan itu.

Sakto berkata kesan oleh BMF itu adalah "salah dan menjejaskan" reputasi dan perniagaan syarikat tersebut.

BMF sejak 2010 memfailkan dan menghantar 11 aduan dan surat kepada enam bidang kuasa berkaitan dengan syarikat itu.

Sakto menafikan semua tuduhan BMF, dan melabelkannya sebagai "teori-teori tidak benar mengenai Sakto yang dipersembahkan sebagai fakta".

BMF tahun lalu menghasilkan laporan setebal 86 halaman bertajuk "Safe Haven Canada" yang memperincikan dakwaan empayar perniagaan Taib di negara itu. - Malaysiakini


Firma anak Taib mohon injunksi terhadap BMF Firma anak Taib mohon injunksi terhadap BMF Reviewed by Admin on August 21, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.