Seo Services

Jawatankuasa Semak Semula Forest City Ditubuhkan


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memutuskan satu jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan menyemak semula projek unit kediaman Forest City di Johor.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri hari ini.

“Setakat ini jawatankuasa itu akan dianggotai oleh kementerian ini, Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Kewangan.

“Pada masa ini kita lebih suka pemaju dan pihak berkaitan untuk tampil dan memberi penjelasan secara menyeluruh kepada kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara di Pejabat Perdana Menteri di sini. – UTUSAN ONLINE
Jawatankuasa Semak Semula Forest City Ditubuhkan Jawatankuasa Semak Semula Forest City Ditubuhkan Reviewed by Admin on August 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.