Seo Services

Hendak hapuskan BR1M pastikan harga barangan, minyak turun


KANGAR 28 Ogos - Konsep Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan terdahulu perlu diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan kerana skim tersebut memberi manfaat besar kepada golongan berpendapatan rendah (B40).

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, bantuan tersebut berkesan dalam membantu golongan memerlukan selepas rasionalisasi subsidi dilaksanakan sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya, tindakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menganggap BR1M sebagai rasuah dan akan dihapuskan hanya alam melukakan hati para penerimanya sebelum ini.

“BR1M sepatutnya diteruskan dan mungkin kaedah pemberiannya boleh diperbaiki dan diperkemaskan bagi mencapai matlamat membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

“Tidak salah jika perkara baik yang dilaksanakan kerajaan terdahulu diteruskan oleh kerajaan hari ini. Apa yang penting rakyat boleh mendapat manfaat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menyifatkan BR1M sebagai satu bentuk rasuah dan menjadi sebab mengapa kerajaan bercadang menghapuskannya.

Malah, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyifatkan pemberian bantuan wang tunai seperti BR1M mempunyai unsur rasuah politik bagi mendapatkan sokongan rakyat dan harus dihentikan.

Sebelum ini, dalam wawancara dengan portal The Malaysian Insight, Dr. Mahathir memberitahu, BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, jika kerajaan tetap berkeras menghapuskan BR1M, mereka mesti mencari kaedah agar kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan dengan menurunkan harga barangan dan minyak khususnya. - UTUSAN ONLINE
Hendak hapuskan BR1M pastikan harga barangan, minyak turun Hendak hapuskan BR1M pastikan harga barangan, minyak turun Reviewed by Admin on August 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.