Seo Services

Tun M pemimpin berani - Mat Sabu


KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu melabel Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin berani kerana melantik orang bukan Melayu menjadi Timbalan Menteri Pertahanan.

Menurutnya, pelantikan Liew Chin Tong juga sebenarnya membuktikan kesungguhan kerajaan menarik pelbagai kaum menyertai pasukan tentera.

Menurutnya, beliau enggan rakyat beranggapan aspek pertahanan hanya sinonim dengan orang Melayu, Bumiputera, Sabah dan Sarawak sebaliknya ia melibatkan semua kaum.

“Sekarang saya tak mahu lihat bila sebut pertahanan, itu kerja Melayu, Bumiputera, Sabah dan Sarawak tapi ia melibatkan semua kaum.

“Semua kaum itu dah ada (dalam ATM). Ada beberapa individu menjadi ketua cuma anggota lain jumlahnya agak kurang.

“PM kita agak berani dengan melantik bukan saja (orang) Cina tapi DAP pula tu untuk jadi Timbalan Menteri Pertahanan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, Dr Mahathir mungkin telah memikirkan pelbagai aspek sebelum melantik Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baru untuk proses perdamaian di selatan Thailand.

Menurutnya, bekas Ketua Polis Negara itu pernah ditugaskan untuk berunding dengan komunis di Hatyai sehingga berjaya menandatangani perjanjian damai pada tahun 1989.

saya fikir beliau mempunyai pengetahuan berkenaan kawasan di Thailand terutamanya di kawasan selatan negara itu. - SH
Tun M pemimpin berani - Mat Sabu Tun M pemimpin berani - Mat Sabu Reviewed by Admin on August 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.