Seo Services

Letupan, Gegaran Di Sabah Mungkin Akibat Tahi Bintang


KOTA KINABALU – Letupan kuat disusuli gegaran di beberapa daerah di Sabah lewat malam tadi, kemungkinan adalah akibat tahi bintang atau meteor.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud, berkata pihaknya tidak dapat memastikan lokasi kejadian itu.

“Kalau ada pun (meteor) susah untuk dikesan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, maklumat awal juga menunjukkan tiada ribut petir lewat malam tadi.

“Boleh jadi juga, letupan itu kemungkinan terhasil daripada meteor yang terbakar ketika memasuki di ruang angkasa.

“Ini kerana meteor atau tahi bintang adalah cahaya terang yang kelihatan melintasi langit malam dengan begitu pantas dan secara tiba-tiba. Ia biasanya adalah habuk dan debu yang terbakar apabila memasuki dalam atmosfera bumi.

“Namun meteor yang besar boleh membunuh juga dan meteorit ialah nama serpihan batuan yang mungkin jatuh atas bumi,” katanya.

Letupan pada kira-kira jam 11.30 malam itu dapat didengar dan dirasai penduduk sekitar daerah ini, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran.

Susulan kejadian itu, netizen di laman sosial mengaitkannya dengan kejadian tahi bintang dengan ada yang mendakwa sempat merakamkan pergerakan cahaya terang di langit.

Selain itu, ada juga mengaitkan kejadian berkenaan dengan latihan tentera di Kem Paradise, Kota Belud. – BH Online
Letupan, Gegaran Di Sabah Mungkin Akibat Tahi Bintang Letupan, Gegaran Di Sabah Mungkin Akibat Tahi Bintang Reviewed by Admin on August 21, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.