Seo Services

Pemuda PBB pertahan sekat masuk individu dikhuatiri jejas perpaduan


KUCHING: Tiada ruang bagi mereka dari luar Sarawak yang dikhuatiri boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum dan agama memasuki negeri ini.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman berkata perpaduan dan keharmonian Sarawak adalah ekoran ketegasan kerajaan negeri menyekat kemasukan individu yang perkauman dan tidak sensitif serta dikhuatiri menyebarkan sentimen kebencian.

"Kita berupaya mencapai ini (perpaduan dan keharmonian) sebab cara kita dibesarkan dalam suasana pelbagai kaum," katanya mengulas mengenai larangan masuk Sarawak terhadap seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) pada Jumaat.

Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin disekat masuk di Lapangan Terbang Sibu dan terpaksa balik semula ke Kuala Lumpur.

Beliau ke Sibu bagi tujuan aktiviti-aktiviti parti di kawasan wilayah tengah Sarawak.

Sebuah portal berita melaporkan Shazni berang dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak.

“Halangan ini adalah warisan jijik zaman BN yang menyalahgunakan kuasa untuk menghalang individu-individu tertentu masuk ke Sarawak atas alasan yang jelas bermotifkan politik.

“Jika kerajaan Sarawak yang kononnya telah keluar BN masih mengekalkan polisi dan pendirian politik yang sama, adalah lebih baik mereka masuk semula ke dalam BN,” katanya dipetik menerusi portal tersebut.

Sambil menegaskan warga Sarawak amat mementingkan kesederhanaan, Fazzrudin berkata kerajaan negeribmempunyai hak sah dari segi undang-undang seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Malah katanya sebelum ini kerajaan negeri juga pernah menyekat masuk ahli politik Barisan Nasional (BN) yang dikhuatiri boleh menyebarkan sentimen berbaur perkauman.

Justeru, tidak wujud soal sekatan berteraskan pegangan politik dalam menentukan sekatan kemasukan ke Sarawak.

"Tingkah laku seseorang menyebabkan mereka tidak dibenarkan masuk (ke Sarawak), jadi terimalah hakikatnya," ujarnya.

Susulan itu juga, Ketua Pemuda Amanah Sarawak Mohamad Fadillah Sabali mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyekat kemasukan rakan partinya.

"Kerajaan Sarawak menggunakan kuasa di bawah akta Imigresen atau apa-apa undang-undang yang lain terhadap orang-orang yang bukan bersifat subversif dan tidak mengganggu kesejahteraan rakyat Sarawak ini adalah sesuatu yang tidak munasabah dan tidak membantu proses demokrasi berparlimen untuk berjalan dengan baik," tegasnya. - Utusan Borneo

Pemuda PBB pertahan sekat masuk individu dikhuatiri jejas perpaduan Pemuda PBB pertahan sekat masuk individu dikhuatiri jejas perpaduan Reviewed by Admin on August 25, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.