Seo Services

Projek Jalan Utama Kedua diteruskan - Abang Johari


KUCHING: Sarawak akan meneruskan pelaksanaan projek cadangan Jalan Utama Kedua (2TR) yang dianggarkan RM4 bilion hingga RM6 bilion.

"Ini adalah keputusan kerajaan Negeri. Keputusan kita. Jadi tidak perlulah saya memberi maklum balas (kepada kenyataan See Chee How ), itu adalah keputusan kita," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis qurban Aidiladha dan Pengagihan Sumbangan Daging Korban anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok, di pekarangan Pusat Khidmat PBB Satok di sini hari ini.

Abang Johari berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang yang juga penasihat khas Kementerian Kerja Raya (KKR) See Chee How) baru-baru ini meminta kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan projek cadangan 2TR dan memberi keutamaan kepada penyiapan Jalan Pesisir Pantai dan Lebuh Raya Pan Borneo.

See yang juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berkata Sarawak perlu melihat semula keperluan pembinaan 2TR kerana ketika ini projek Lebuh Raya Pan Borneo dan Jalan Pesisir Pantai yang giat dibina , memadai.

Alasan See ialah, ketika ini kerajaan tidak mempunyai wang untuk membiayai projek-projek mega dan pada masa sama perlu menyiapkan kerja-kerja membaik pulih serta membina sekolah-sekolah usang di negeri ini.

Beliau juga berharap, agar 2TR mula dibina selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak melengkapkan kerja-kerja kajian tanah kerana 80 peratus daripada pembinaan jalan itu di atas tanah paya gambut.

2TR dijangka mula dibina tahun hadapan dan dijadual siap pada 2021 terbahagi kepada tiga pakej iaitu Pakej A (Kota Samarahan ke Roban) kira-kira 109 kilomter (km), Pakej B (Sebuyau ke Sri Aman/Betong) sekitar 91km dan Pakej C (naik taraf Jalan Kelupu/Jalan Tanjung Gentung ke Jambatan Lanang, Sibu) dianggarkan 31 km. - Utusan Borneo
Projek Jalan Utama Kedua diteruskan - Abang Johari Projek Jalan Utama Kedua diteruskan - Abang Johari Reviewed by Admin on August 23, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.