KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat mengundang rasa kecewa Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebagai bekas Perdana Menteri yang memperkenalkan BR1M bagi membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40), langkah Dr. Mahathir itu dibimbangi memberi kesan kepada jurang kekayaan serta pendapatan antara orang kaya dan miskin.
Dalam catatan beliau menerusi akaun Facebook, Najib turut menjawab dakwaan Dr. Mahathir bahawa wang BR1M bukanlah daripada sumber yang dicuri, sebaliknya daripada langkah rasionalisasi subsidi serta pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Beliau menjelaskan, wang kutipan GST yang diperoleh dikembalikan kepada golongan B40 sebagai BR1M dengan jumlahnya semakin meningkat berdasarkan hasil sistem percukaian tersebut.
“Di mana salahnya kalau kita mengambil wang daripada yang kaya dan yang lari cukai untuk membayar kepada yang miskin?
“Adakah Pakatan Harapan (PH) sudah lupa bahawa mereka berjanji untuk meneruskan BR1M dalam manifesto? Mengapa sekarang mahu mungkir janji dan menghukum rakyat miskin?” soal Najib.
Dalam wawancara bersama portal The Malaysian Insight, Dr. Mahathir memberitahu, langkah itu terpaksa dilakukan memandangkan rakyat terlalu dimanjakan oleh pentadbiran Najib. -Utusan Online
Salahkah bantu orang miskin? - Najib
Reviewed by Admin
on
August 26, 2018
Rating:
No comments: