Bapa Bayi Perempuan Mahu Pihak Hospital Sibu Bertanggungjawab Atau Terima Padah

Seo Services

MUKAH: Bapa bayi perempuan yang kecewa terhadap rawatan diterima bayinya di Hospital Sibu mahu pihak terlibat agar bertanggungjawab atau merima padah dengan tindakan perundangan.

Pengguna akaun Facebook Safuan Comell yang dipercayai bapa kepada bayi itu memuatnaik kenyataan tersebut mendakwa pihak Hospital telah melakukan kecuaian hingga menyebabkan jangkitan pada kaki kanan bayi tersebut bertambah parah.

“Jika pihak terbabit tidak mahu bertanggungjawab, beliau dan keluarganya bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Bayi itu yang dilahirkan dalam keadaan sempurna pada 15 September 2018 lalu, kini keadaannya semakin teruk,” jelasnya

Menurutnya, ketika dari Hospital Mukah semuanya dalam keadaan sempurna, namun pihak Hospital Mukah mensyaki darah bayi berkenan dijangkiti kuman dan perlu dibawa ke Hospital Sibu.

“ketika di Hospital Sibu pada 18.9.2018, kakitangan perubatan mengambil sampel darah pada kaki bayinya, tapi selepas itu untuk beberapa hari keadaannya membengkak berwarna biru sehinggalah ke hari ini ianya bertukar warna jadi kehitaman,” katanya.

Beliau turut melahir kekhuatiran, sekira kaki bayinya terpaksa dipotong atau dibedah.

Menjawab kepada satu komen di akaun Facebook miliknya, Safuan mendakwa keadaan kaki bayinya bertambah parah kerana kecuaian kakitangan Hospital Sibu mencari urat kaki ketika prosedur mengambil sampel darah.

Hantaran itu yang dimuatnaik kira-kira jam 8.00 malam tadi, dalam masa empat telah menerima lebih 6200 perkongsian dan lebih 7500 reaksi.

Sehingga laporan ini ditulis belum ada sebarang maklumbalas dari pihak Hospital Sibu berhubung dakwaan kecuaian tersebut. – ibupertiwiku.com


Bapa Bayi Perempuan Mahu Pihak Hospital Sibu Bertanggungjawab Atau Terima Padah Bapa Bayi Perempuan Mahu Pihak Hospital Sibu Bertanggungjawab Atau Terima Padah Reviewed by Admin on October 03, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.