Syarikat pengeluaran roti antarabangsa Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd hari ini mengesahkan beberapa produk akan naik berkuatkuasa esok kerana kenaikan kos bahan dan pengeluaran.
Produk yang terkesan adalah sapuan kaya Auntie Rosie’s Original Homestyle dan Auntie Rosie’s Natural Pandan (RM2.85 kepada RM3) dan sapuan cokelat Delicia Milky Chocolate (RM6.70 kepada RM7.20) dan Hazelnut Chocolate (RM8.60 kepada RM9.10).
Roti Delicia Butterscotch, Choco Raisin, Raspberry Milk and Cranberries dan Butter Raisin naik daripada RM4.35 kepada RM4.50, manakala 4 roti roll berkrim – vanila, jagung, butterscotch dan cokelat – akan naik 5 sen kepada RM0.85.
Produk lain – roti fibremeal, cottage Eropah, Squiggles, Twiggies dan Muffin Supremes dan seterusnya – tidak terkesan, kata Gardenia.
Jurucakap Gardenia memberitahu FMT kenaikan harga itu ditentukan selepas kenaikan kos bekalan bercukai dalam beberapa bulan kebelakangan ini seperti cokelat, lelemak sayuran dan pembungkusan.
“Kita tak boleh lagi tahan harga barang-barangan itu kerana kenaikan kos pengeluaran, operasi, pengedaran dan lain-lain.
“Manakala bagi produk-produk lain, kami sedang menyerap kenaikan kos dan akan cuba menambahbaik produktiviti dan kecekapan kami,” kata jurucakap itu.
Awal hari ini, kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Kuala Lumpur Koh Chin Huat kepada peruncit Gardenia yang mengesahkan keputusan itu tular di media sosial. - FMT
Beberapa produk Gardenia akan naik harga
Reviewed by Admin
on
October 31, 2018
Rating:
No comments: