KUALA LUMPUR 31 Okt.- Harga runcit RON 97 naik dua sen seliter kepada RM2.81 bagi tempoh 1 November hingga 30 November.
Harga tersebut adalah paras tertinggi pernah dicatatkan oleh RON97.
Pada Oktober RON 97 mencatatkan kenaikan 14 sen iaitu RM2.79 seliter berbanding RM2.65 pada September.
Menurut Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harga Ron 95 dan Diesel masing-masing kekal pada RM2.20 dan RM2.18 seliter. - UTUSAN ONLINE
RON 97 naik RM2.81
Reviewed by Admin
on
October 31, 2018
Rating:
No comments: