Seo Services

Dakwaan Rogol Dua Wanita Indonesia Ada Kaitan Dengan Pemilihan Parti, Kata Pemimpin PKR


KOTA KINABALU – Seorang pemimpin PKR Sabah menafikan dakwaan beliau merogol 2 wanita warga Indonesia dengan berkata, ia adalah taktik untuk merosakkan imejnya menjelang pemilihan parti.

Ketua Pemuda PKR Sabah, Raymond Ahuar berkata dakwaan yang tersebar di media sosial itu mungkin dilakukan pencabar untuk mensabotajnya.

Ahuar yang juga setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew mengesahkan beliau membuat laporan polis berhubung dakwaan itu di Balai Polis Keningau, Jumaat lalu.

“Kami perlu mengenal pasti 2 wanita itu, siapa yang merakam video itu dan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman itu.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ia di bawah siasatan polis, tetapi saya percaya ia ada kaitan dengan pemilihan parti akan datang…saya tidak tuduh sesiapa. Saya akan tunggu siasatan polis,” katanya kepada FMT.

Ahuar yang sebahagian daripada pasukan Rafizi Ramli, bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda di peringkat nasional dan berharap dapat menjadi ahli Majlis Pimpinan Pusat.

Rafizi mencabar Datuk Seri Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden PKR.

Sumber polis berkata, 2 wanita itu sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

Dalam video yang dimuat naik ke Youtube, seorang wanita yang menamakan dirinya “Linda” mendakwa beliau dan kawannya, Wilda, dibawa ke Sabah oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Raden, serta Ahuar.

Wanita itu bagaimanapun tidak menyatakan bila beliau datang ke Sabah dan hanya mendakwa lelaki itu tidak membenarkan mereka keluar selama seminggu.

Beliau turut mendakwa 2 lelaki itu merogol dan memukul mereka, serta didera dengan besi.

Linda mendakwa sudah memfailkan laporan polis, tetapi tidak menyatakan di mana dan bila laporan itu dibuat.

Ahuar berkata, beliau tidak mengenali 2 wanita itu.

Katanya, beliau mendapat banyak panggilan, termasuk daripada Liew yang bertanyakan dakwaan itu.

“Ini ialah serangan peribadi dan ia menjejaskan keluarga saya. Nasihat saya kepada rakan-rakan saya dalam parti itu kekal kepada arah tuju PKR, bukannya melancarkan serangan peribadi.”

Pemilihan PKR di Sabah akan diadakan 3 dan 4 November ini. – FMT
Dakwaan Rogol Dua Wanita Indonesia Ada Kaitan Dengan Pemilihan Parti, Kata Pemimpin PKR Dakwaan Rogol Dua Wanita Indonesia Ada Kaitan Dengan Pemilihan Parti, Kata Pemimpin PKR Reviewed by Admin on October 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.