KUALA LUMPUR 23 Okt. - Perhimpunan aman pemandu teksi seluruh negara di Padang Merbok, di sini yang pada awalnya dijadualkan diadakan esok ditunda pada minggu hadapan.
Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, keputusan berkenaan diambil selepas perbincangan yang diadakan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan terdapat satu lagi perhimpunan di lokasi sama, esok.
“Selepas mendapat nasihat pihak PDRM, kami mengambil keputusan untuk menunda perhimpunan berkenaan ke minggu hadapan, namun tarikh sebenar belum dapat dipastikan.
“Saya akan membuat pengumuman mengenai tarikh perhimpunan pada hari Isnin atau Selasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Perhimpunan pemandu teksi ditunda
Reviewed by Admin
on
October 23, 2018
Rating:

No comments: