Seo Services

Tentera Gagalkan Cubaan Seludup Barang Terkawal Ke Negara Jiran




SERIKIN: Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) yang melancarkan operasi di perbatasan Malaysia-Indonesia berjaya menumpas cubaan menyeludup barang terkawal ke negara jiran melalui laluan Serikin hari ini.

Menurut jurucakap 10 RRD, dalam kejadian pada Selasa, 23 Oktober sebuah van yang dipandu seorang lelaki warga Malaysia telah melalui sekatan Jalan Raya di Pos Serikin.

Kenderaan tersebut membawa muatan barang kawalan dan dimaklumkan untuk dihantar ke sebuah kedai berhampiran Pos Serikin.

Katanya, pihak tentera seterusnya telah membuat intipan dan mendapati kenderaan berkenaan telah ditingalkan berhampiran kedai dan pemandu telah melarikan diri.

Beliau memberitahu, kira-kira jam 11.45 pagi tadi, anggota pengawal telah melihat sebuah lori menggunakan nombor pendaftaran negara asing dari sempadan Indonesia telah menghampiri sebuah van dan pemandu van telah memunggah barangan tersebut ke bahagian belakang lori.

Beliau berkata, pihak tentera seterusnya membuat serbuan dan berjaya menahan pemandu van manakala dua lagi warga Indonesia berjaya melarikan diri memasuki sempadan Indonesia.

“Hasil maklumat awal, barangan tersebut dibawa mengunakan van bagi megaburi pihak berkuasa dan seterusnya barangan tersebut akan dipindahkan ke kenderaan lain untuk di seludup ke Indonesia,” katanya.

Barangan kawalan yang dirampas adalah Beras 53 kampit 10 kilo setiap satu, minyak masak 6 kotak, baja 10 kotak, Gula 10 guni 50 kilo setiap satu dan 28 kotak tepung gandum.

Manakala barang lain seperti Milo 39 Bungkus, Telur 15 papan, Biskut Kering 9 bungkus, Pengecas Bateri dan Telefon Bimbit Jenama Nokia 2 kotak dan Bawang Putih 57 Guni.

Beliau berkata, turut dirampas dua buah kederaan iaitu sebuah Van Toyota dan sebuah Lori Isuzu.

“Nilai Rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM 69,889.00.

“Pihak tentera seterusnya telah membuat laporan polis dan menyerahkan suspek serta barang rampasan di Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – ibupertiwiku.com
Tentera Gagalkan Cubaan Seludup Barang Terkawal Ke Negara Jiran Tentera Gagalkan Cubaan Seludup Barang Terkawal Ke Negara Jiran Reviewed by Admin on October 24, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.