TEBEDU: Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) yang berkawal di perbatasan negara berjaya menahan tujuh lelaki di lorong tikus 500 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia di sini hari ini.
Pemeriksaan awal mendapati tujuh lelaki yang berumur diantara 19 hingga 38 tahun tersebut berasal dari Indonesia.
Jurucakap 10 RRD berkata, enam daripada mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan dan perjalanan yang sah , manakala seorang lagi mempunyai dokumen yang sah dan disyaki sebagai ejen untuk membawa kumpulan tersebut masuk ke Indonesia melalui lorong tikus.
“Pihak tentera seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Tebedu dan kesemua tahanan telah diserah kepada pihak Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – ibupertiwiku.com
Tentera Tahan 7 PATI Termasuk Seorang Ejen
Reviewed by Admin
on
October 24, 2018
Rating:

No comments: