NEW DELHI - INDIA. Sempena perayaan Deepavali, seorang hartawan berlian, bermurah hati menghadiahkan sebuah kereta kepada ratusan pekerjanya.
Memetik The New Indian Express, sebanyak 600 pekerja Hari Krishna Exporters dari sebuah syarikat perdagangan berlian yang diuruskan Savji Dholakia, menerima kereta keluaran negara itu, Maruti Suzuki, sementara ribuan lagi pekerja ditawarkan ganjaran wang tunai dan unit apartmen.
Upacara penyerahan itu disertai Perdana Menteri Narendra Modi yang dilakukan secara besar-besaran di lokasi terbuka di Surat Gujarat.
Acara penyerahan hadiah turut dikongsi kepada umum menerusi pautan video di Facebook peribadi Savji Dholakia.
Dholakia sememangnya terkenal di serata India kerana menjadi kelaziman beliau memberi ganjaran mewah untuk para pekerja sempena Diwali.
Pada tahun lalu, Dholakia telah memberi 1,200 kereta Datsun Redi-GO kepada pekerjanya pada kesempatan tahun baharu.
Bagi 2016 pula, dalam acara seumpamanya menyaksikan Dholakia menghadiahkan ratusan unit apartmen.
"Matlamat program ini adalah untuk menghadiahkan pekerja yang setia dan berdedikasi kepada syarikat,” katanya dalam status di Facebook miliknya. - The New Indian Express/SH
Bos Pemurah, Hadiah Kereta Untuk 600 Pekerja
Reviewed by Admin
on
November 01, 2018
Rating:

No comments: