Seo Services

GPS contoh gabungan parti terbaik di Malaysia


MUKAH: Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah contoh parti perpaduan terbaik di Malaysia.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang berkata, sejak dahulu parti-parti politik di Sarawak ini menjadi contoh gabungan terbaik dan diikuti oleh parti politik lain.

“Kita adalah parti gabungan terbaik dari dahulu hingga kini, ia menjadi ikutan parti-parti lain di Malaysia setelah itu,” katanya dalam Program Pengukuhan Akar Umbi Taklimat Ordinan Minyak dan Cari Gali (OMO) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Suarah Mesra Mukah semalam.

Perpaduan dalam parti ditunjukkan dan menjadi tunjang keamanan serta keharmonian politik di negeri ini.

Perkara itu juga katanya, telah menjadi pegangan pemimpin Sarawak sejak dahulu malah pemimpin kini bakal meneruskannya.

Beliau pada masa sama percaya bahawa hanya parti berteraskan Sarawak sahaja bakal mampu mempertahankan hak serta keistimewaan menurut MA63 dan hal-hal lain termaktub dalam undang-undang.

“Kita tidak dapat bergantung kepada pihak atau parti lain, hanya kitalah yang memahami apa sebenarnya kehendak rakyat,” jelasnya.

Parti-parti GPS juga katanya, tidak dapat ditundukkan oleh mana-mana pihak lain dengan hanya mengikut arahan membuta-tuli.

Justeru, beliau menyifatkan rakyat Sarawak sebagai ‘bos’ parti-parti GPS.

Seramai 500 orang terdiri daripada ahli PBB di kedua-dua Dewan Undangan Negeri Balingian dan Tellian hadir pada majlis tersebut yang berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian Yussibnosh Balo, Setiausaha Politik Ketua Menteri Kenil Jerai’ie, Faridah Osman dan Abu Seman Jahwie. - UTUSAN BORNEO
GPS contoh gabungan parti terbaik di Malaysia GPS contoh gabungan parti terbaik di Malaysia Reviewed by Admin on November 26, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.