Foto Utusan Borneo |
KUCHING: Nurhanim Mokhsen (gambar) kekal menjadi Ketua Wanita Sarawak apabila dilantik semula untuk penggal 2018-2021.
Pelantikan Nurhanim itu diumumkan oleh Ketua Wanita Keadilan Pusat, Haniza Talha dalam kenyataan media, hari ini.
Turut diumumkan Ketua Wanita bagi negeri-negeri lain iaitu Gan Ay Ling (Perlis), Suraiya Hashim (Kedah), Nur Zarina Zakaria (Pulau Pinang), Chua Yee Ling (Perak), Dr Daroyah Alwi (Selangor), Azlinah Zamli (Negeri Sembilan), Ginie Lim Siew Lin (Melaka), Rahamizon Abdul Ghani (Johor), Idawate Pariman (Wilayah Persekutuan), Sitarunisah Ab Kadir (Pahang), Sharifah Norhayati Syed Omar (Terengganu), Nor Hanazalmah Mat Yusoff (Kelantan) dan Rahimah Majid (Sabah).
Menurut Haniza, pelantikan ketua-ketua wanita negeri itu dibuat berdasarkan perbincangan dengan ketua-ketua wanita cabang selain mengambil maklum beberapa cadangan bagi pelantikan Jawatan Lantikan dalam sayap wanita pusat selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Peraturan Tetap Wanita KEADILAN.
Justeru, beliau menyeru semua ketua wanita negeri itu untuk bekerjasama memastikan sayap wanita terus menjadi tunjang utama dalam menentukan hala tuju PKR di masa akan datang.
“Harapan saya agar pelantikan ini akan menjadi pemangkin semangat kepada para wanita untuk terus memperjuang dan mengangkat institusi dan agenda wanita Malaysia ke arah yang lebih baik dan terkehadapan,” katanya.
Haniza juga menambah bahawa pelantikan ketua-ketua wanita negeri itu merupakan langkah beliau selaku Ketua Wanita Keadilan Pusat yang baharu, bagi mengemudi sayap wanita ke arah yang lebih progresif dan dinamik terutamanya dalam mengatur pelan perancangan sayap wanita untuk tiga tahun akan datang. - UTUSAN BORNEO
Nurhanim kekal Ketua Wanita PKR Sarawak
Reviewed by Admin
on
November 29, 2018
Rating:
No comments: