Seo Services

'Pelaburan Sarawak di Zecon Medicare Sdn Bhd, pelaburan korporat semata-mata


KUCHING: Kerajaan Sarawak sekali lagi menegaskan kedudukannya dalam pengambilan ekuiti Zecon Medicare Sdn Bhd adalah usaha pelaburan korporat semata-mata dengan pertimbangan komersil berdasarkan pulangan postif terhadap pelaburan.

Menurut kenyataan media Setiausaha Kewangan Negeri, Jabatan Ketua Menteri hari ini, berkata, sebelum mempertimbangkan pelaburan ini, kerajaan negeri telah melakukan proses analisis secara betul dan terperinci dengan perunding perniagaan kewangan profesional dan peguam perundangan korporat terlibat membantu dalam menjalankan analisis pelaburan.

Kerajaan negeri sentiasa menggiatkan usahanya dalam meneroka peluang untuk aliran pendapatan baharu melalui usaha komersial atau pendapatan fisikal bagi memastikan kelangsungan kedudukan kewangan negara yang baik.

Selain itu, kerajaan negeri juga sentiasa memastikan urusan kewangan diuruskan dengan cara yang paling berhemah dan berdispilin, prinsip tadbir urus yang baik dikekalkan.

Zecon Medicare Sdn Bhd mempunyai model perniagaan yang stabil telah diberikan perjanjian konsensi jangka panjang yang dimeterai dengan kerajaan persekutuan diwakili oleh Kementerian Pendidikan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selain pelaburan di Zecon Medicare Sdn Bhd, kerajaan Sarawak mempunyai pelaburan di Normal Medical Specialist Center (NMSC) di Petra Jaya, Kuching dan memiliki bangunan Pusat Jantung Negara yang terletak di Kota Samarahan.

Berhubung dengan projek Hospital Petra Jaya, ia adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri.

Oleh itu, ia adalah pada prerogaif Kerajaan Persekutuan untuk mengendalikan kelewatan dalam projek-projek di bawah kawalannya.

Pada 25 November lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen pada satu sidang media menuntut penjelasan berhubung pelaburan kerajaan Sarawak dalam pelaburan sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur.

Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mendesak Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan kepada rakyat Sarawak mengenai pelaburan Sarawak di Kuala Lumpur itu, yang disifatkannya tidak boleh diterima.

Beliau memberitahu berdasarkan laporan yang diterimanya daripada Kementerian Kewangan, kerajaan Sarawak bekerja sama dengan Zecon Bhd untuk membangunkan sebuah projek Hospital Pakar Kanak-Kanak bernilai RM606 juta di Kuala Lumpur.

Katanya, kerajaan Sarawak memiliki kira-kira 49 peratus syer di dalam hospital pakar diberi nama Zecon Medicare Sdn Bhd itu, dan turut memegang nilai syer RM3.92 juta manakala Zecon Bhd memegang RM4.08 juta.

“Kerajaan negeri mengadu perkhidmatan kesihatan di Sarawak amat teruk tetapi sebaliknya, mereka melabur untuk membina hospital pakar di Kuala Lumpur.

“Kenapa tidak menggunakan duit tersebut untuk melabur atau membangunkan hospital di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu, Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh berkata keputusan kerajaan untuk memperoleh kepentingan ekuiti di dalam Zecon Medicare Sdn Bhd adalah pertimbangan komersial berdasarkan pulangan pelaburan positif .

Beliau berkata Zecon Medicare adalah sebuah syarikat yang mempunyai model perniagaan yang stabil memandangkan perjanjian konsesi jangka panjang yang dimeterai dengan kerajaan persekutuan yang diwakili oleh Kementerian Pelajaran dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan penyelenggaraan aset kemudahan dan infrastruktur Hospital Pakar Kanak-Kanak di Pusat Perubatan UKM di Cheras.

"Keputusan kerajaan Sarawak untuk melabur dalam Zecon Medicare telah melalui proses analisis risiko yang terperinci dan wajar," kata Wong yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang.

Beliau menambah bahawa perunding perniagaan kewangan profesional dan peguam korporat turut terlibat untuk membantu dalam menganalisis dan mencapai profil risiko pulangan pelaburan. - UTUSAN BORNEO
'Pelaburan Sarawak di Zecon Medicare Sdn Bhd, pelaburan korporat semata-mata 'Pelaburan Sarawak di Zecon Medicare Sdn Bhd, pelaburan korporat semata-mata Reviewed by Admin on November 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.