![]() |
| Foto Kosmo |
MIRI - Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) bahagian Sarawak menolak cadangan Kementerian Pendidikan untuk membenarkan pelajar menggunakan kolam renang di hotel untuk menjalani aktiviti renang sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hotel.
Setiausaha Kehormatnya, John Teo Peng Yew berkata, tanggungjawab itu seharusnya digalas oleh kolam renang awam yang sentiasa mempunyai atendan kolam renang berkelayakan yang bertugas sepanjang waktu operasi.
"(Cadangan itu) tidak wajar oleh sebab ia hanya akan mengganggu ketenteraman di kolam renang hotel, pelajar akan membuat bising, melompat masuk dan keluar dari kolam, mewujudkan suasana riuh rendah dan ini akan mengganggu tetamu hotel," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tambahan pula, katanya, kolam renang hotel dikhaskan bagi tetamu hotel dan ia sentiasa dipenuhi tetamu hotel yang mahu menikmati keadaan aman di sekitar kawasan serta di dalam kolam renang itu.
"Tetamu yang menginap mungkin tidak akan lagi memilih hotel berkenaan kerana mereka tidak dapat menikmati ketenteraman di kolam renang hotel," katanya. - Bernama
Pengusaha hotel Sarawak tolak cadangan aktiviti renang di hotel
Reviewed by Admin
on
November 23, 2018
Rating:
Reviewed by Admin
on
November 23, 2018
Rating:

No comments: