Seo Services

Sarawak perlu peruntukan tambahan untuk sekolah usang


KUCHING – Kerajaan Sarawak berharap kerajaan Pakatan Harapan dapat menyalurkan peruntukan tambahan RM1 bilion bagi membina semula dan membaikpulih 1,020 buah sekolah usang di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologinya, Datuk Seri Michael Manyin berkata, kerajaan sebelum ini meluluskan RM1 bilion untuk menangani isu sekolah usang pada 2018 dan 2019, yang mana ia melebihi daripada peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

“Untuk mempercepatkan pembinaan semula dan membaikpulih sekolah berkenaan, Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) turut menulis kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 1 Ogos berhubung tawaran Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberi pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan RM1 bilion agar masalah itu dapat ditangani secepat mungkin.

“Bagaimanapun, hingga kini kami masih belum menerima apa-apa jawapan daripada Mengteri Kewangan,” katanya semasa menggulung perbahasan kementeriannya mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.


Sehingga hari ini, terdapat 371 sekolah di Sarawak masih bergantung kepada set genarator untuk membekalkan elektrik dan 428 sekolah masih tidak mempunyai air yang dirawat.

Manyin berkata, RM50 juta diperlukan untuk menghubungkan 113 sekolah, yang dikenalpasti, kepada grid elektrik manakala RM9 juta lagi diperlukan untuk membolehkan 33 sekolah bagi bekalan air terawat.

“Bagaimanapun, kerana pendidikan adalah di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan dan sekolah-sekolah itu pula adalah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (FLC), menyebabkan kebenaran rasmi daripada Kementerian Pendidikan diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan,” katanya dan menambah bahawa belum lagi menerima sebarang kebenaran bertulis daripada kementerian berkenaan.

Beliau berkata, sekolah-sekolah usang kekal sebagai keutamaan di Sarawak dan walaupun kerajaan sebelum ini membelanjakan RM149 juta di bawah Belanjawan 2018, jumlah berkenaan hanya mencukupi untuk menangani 116 daripada 1,020 sekolah usang.

Beliau juga menyentuh mengenai manifesto PH Sarawak, yang mana mereka berjanji bahawa negeri ini akan mendapat autonomi sepenuhnya dalam semua perkara berhubung pendidikan dan mengambil alih tanggungjawab berhubung kewangan.

“PH Sarawak tidak mempunyai locus standi untuk membuat tawaran seumpama. Bagi negeri ini, kami belum lagi menerima sebarang tawaran rasmi dalam hubungan ini, sama ada daripada Kerajaan Persekutuan atau PH Sarawak,” tambah beliau. - Bernama
Sarawak perlu peruntukan tambahan untuk sekolah usang Sarawak perlu peruntukan tambahan untuk sekolah usang Reviewed by Admin on November 13, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.