Seo Services

Sebuah Gereja Model Akan Dibina Di Ulu Gedong - Naroden


SEBUAH Gereja Model akan dibina di Ulu Gedong bagi kegunaan dan pusat aktiviti penganut agama Kristian di kawasan tersebut dalam masa yang terdekat.

Menteri Muda Pembangunan Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana E-Dagang, Datuk Haji Naroden Majais berkata, tempat beribadah bagi semua agama adalah penting dan Kerajaan Sarawak sebolehnya hendak menyediakan tempat beribadah yang selesa bagi semua penganut agama, baik Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain.

"Namun begitu, kita menyarankan kepada semua pemimpin Agama Kristian di kawasan Ulu Gedong untuk duduk berbincang dan mengenalpasti lokasi yang paling strategik untuk pembinaan gereja tersebut.

Naroden, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Menyambut Tahun Baru 2019 Peringkat Ulu Gedong di Sibau Rumbau, Gendong kelmarin.

"Kerajaan akan membantu untuk mendapatkan tanah bagi pembinaan gereja berkenaan dan saya akan memyediakan sedikit dari peruntukan RTP saya bagi projek tersebut dan jika ianya masih berkurangan, kita akan berusaha untik mencari dana yang lebih. "

"Seboleh-bolehnya, kita cari tanah yang berdekatan dengan jalan agar ianya mudah bagi penganut Agama Kristian untuk mengunjungi gereja model tersebut."

"Kerajaan Sarawak berlaku adil kepada semua agama dan saya sendiri, bukanlah hanya seorang wakil rakyat untuk kaum Melayu sahaja, saya adalah wakil rakyat untuk semua kaum dari kepelbagaian agama di DUN Gedong," tambahnya lagi.

Oleh: Salfian Nawawi

Sebuah Gereja Model Akan Dibina Di Ulu Gedong - Naroden Sebuah Gereja Model Akan Dibina Di Ulu Gedong - Naroden Reviewed by Admin on January 02, 2019 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.