KUCHING: Menyediakan platform bagi belia-belia membentangkan idea mahupun pendapat telahpun dizahirkan pada Majlis Persidangan Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 yang berlansung di BCCK tempoh hari.
Ini sekaligus membuktikan Kerajaan begitu prihatin dalam usaha untuk memperkasakan pembangunan belia di Sarawak.
Ini sekaligus membuktikan Kerajaan begitu prihatin dalam usaha untuk memperkasakan pembangunan belia di Sarawak.
Menurut Menteri Muda Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah, tujuan utama penganjuran persidangan ini adalah supaya belia-belia tidak ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan mahupun perubahan yang berlaku di arus perdana.
“Dari segi perbelanjaan, memang kerajaan telah membelanjakan jumlah yang besar untuk menganjurkan program-program pembangunan belia.
“Kalau digabungkan dana daripada Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS), ia memakan puluhan juta ringgit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika member ucapan perasmiaan Majlis Persidangan Persatuan Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014.
Sehubungan itu, teguran serta peringatan telah dilemparkan Karim kepada pemimpin-pemimpin persatuan atau pertubuhan belia negeri ini agar membelanjakan dana mengikut keutamaan program yang dijalankan.

Ini kerana, jelas beliau apabila hendak membuat sesuatu program, kertas kerja bagi permohonan dana akan lebih memberi keutamaan kepada makanan atau pakaian ahli jawatankuasa dan tidak bagi objektif program.
“Yang lebih penting ialah dana digunakan bagi mencapai matlamat program dan bukannya untuk perkara peribadi seperti pakaian ahli jawatankuasa atau makan minum,” katanya.
Dalam pada itu, Karim turut menyarankan persatuan atau badan belia negeri ini agar proaktif dalam menganjurkan sesuatu program tanpa melibatkan pengurus acara.
“Selain boleh belajar, mereka juga dapat membangunkan diri menjadi penganjur acara yang baik.
“Bukan hendak mengatakan pengurus acara tidak boleh digunakan dan diakui program yang mereka buat adalah sempurna tetapi kita mahu seimbangkannya kerana kita ada organisasi sendiri,” katanya.
Sementara, Majlis Persidangan Persatuan Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 telah dihadiri oleh pewakilan daripada pelbagai persatuan dan badan belia seperti SABERKAS, AZAM, Pandu Puteri, Kelab Rakan Muda Petra Jaya, ABIM, HIKMAH, dan banyak lagi.
Turut hadir sama pada persidangan berkenaan ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Abdul Haris Ishak
Turut hadir sama pada persidangan berkenaan ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Abdul Haris Ishak
Perkara yang menarik turut dibawa perbincangan persidangan belia kali ini ialah, arah mana tuju pendidikan yang harus diambil pada masa sekarang dimana ianya terus menjamin masa depan dengan bekerjaya.
Fokus mengenai SCORE. Menurut pembentangan kertas kerja "Memperkasa Pembangunan Belia Dalam Konteks Negeri Sarawak" oleh En. Razali Othman, Pensyarah UNIMAS daripada Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia beliau menyatakan bahawa, peratusan belia-belia di negeri Sarawak yang mengetahui apa itu SCORE adalah sebanyak 20% sahaja.
Ini bermakna satu pelan pembangunan yang membawa impak besar ini masih ramai yang tidak mengetahuinya.

SCORE memberi peluang pekerjaan yang banyak namun setakat ini Sarawak hanya mampu mengeluarkan kapasiti seramai 1,700 tenaga kerja profesional dan berkemahiran dan disifatkannya sebagai kritikal bagi Sarawak.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, Pembentukan industri-industri intensif tenaga dalam SCORE dijangka melonjakkan permintaan terhadap modal insan di Sarawak.
Keadaan ini sekali gus menuntut tenaga kerja yang berkualiti terutama jurutera dan ahli sains komputer yang akan memudahkan Sarawak dalam memenuhi permintaan SCORE.
Keadaan ini sekali gus menuntut tenaga kerja yang berkualiti terutama jurutera dan ahli sains komputer yang akan memudahkan Sarawak dalam memenuhi permintaan SCORE.
Maka persoalan mengenai pendidikan yang mana harus diceburi mungkin sudah terjawab. Sekaligus membuktikan, Pendidikan Vokasional bukan lagi second class pada masa akan datang.
Belia-Belia Perlu Diberi Penekanan Yang Lebih
Reviewed by Admin
on
April 14, 2014
Rating:
No comments: