Bahagian Betong, semenjak dinaiktarafkan sebagai sebuah Bahagian pada 26 Mac 2002,telah mengalami perubahan serta arus pembangunan yang pesat bagi tiga sector utama iaitu prasarana asas, ekonomi dan pembangunan sumber manusia.
Pembinaan jalan-jalan baru dan naiktaraf jalan yang sedia ada giat dijalankan. Sehingga kini,semua pusat pentadbiran daerah dan daerah kecil dapat dihubungi dengan jalan raya.
Keutamaan diberikan untuk menyediakan infrastruktur asas seperti jalan raya ke kawasan-kawasan pendalaman dan persisiran di Bahagian ini.
Dengan adanya kemudahan infrastruktur seperti ini, komunikasi dan perhubungan dapat dilaksanakan dengan mudah.
Kampung dan rumah panjang di Bahagian Betong juga kebanyakannya mempunyai bekalan elektrik , bekalan air bersih dan kemudahan telefon. Bagi kawasan-kawasan yang masih belum mendapat bekalan-bekalan asa ini, kerajaan masih giat mencari alternatif agar semua lapisan masyarakat di Bahagian Betong akan mendapat faedah daripada pembangunan yang ditawarkan oleh kerajaan.
Untuk memenuhi kehendak dan cara hidup zaman moden yang berpaksikan teknologi maklumat, BAndar Betong dan Pekan Debak telahpun dilengkapi dengan prasarana komunikasi jalur lebar tanpa wayar. Penduduk di kedua-dua tempat ini sudahpun menikmati kemudahan internet secara percuma.
Selain itu, semua pejabat-pejabat di Daerah dan Daerah Kecil di Bahagian Betong kini dapat dihubungi melalui talian internet yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Walaupun Bahagian Betong masih agak baru, namun daripada segi pembangunan pendidikan ia juga tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan beberapa bahagian lain. Sehingga kini Bahagia Betong mempunyai dua belas sekolah menengah pelbagai jurusan seperti agama, teknik dan lain-lain.
Semua aspirasi dan kemajuan yang dikecapi di bahagian Betong hari ini ialah hasil daripada kestabilan politik, polisi dan program pembangunan yang positif , keamanan dan keharmonian yang disediakan oleh Kerajaan yang ada kini. -mot
Masalah kutipan sampah sarap berkala kendalian kontraktor Majlis Daerah Betong 2014 kini tergendala/terhenti sejak 3 minggu lalu. Tiada penyelesaian pada persekitaran yang semakin berbau busuk? Mana YB tak pantau masalah ini? Sibuk dengan masalah di kawasan lain?
ReplyDelete