Seo Services

Malaysia pusat rujukan halal

Malaysia terus diiktiraf sebagai peneraju pembangunan industri halal apabila diberi kepercayaan mengetuai rundingan dalam kalangan Negara Islam bagi mewujudkan standard halal universal.

Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industry Development Corporation (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin, berkata pengalaman pengalaman dan kepakaran yang dimiliki Malaysia dalam pembangunan industry halal menjadikan Negara ini diiktiraf sebagai pusat rujukan halal global.

Katanya, Malaysia dan Turki akan menerajui rundingan yang sedang berlangsung dengan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi merealisasikan matlamat untuk mewujudkan satu standard persijilan halal universal.

Kita berdepan dengan pelbagai isu dalam pembangunan industri halal termasuk penyepaduan dalam standard halal global yang menjejaskan peserta industri itu sendiri disebabkan mazhab yang berbeza.

Justeru banyak Negara Islam berpendapat Malaysia wajar mengetuai rundingan berkenaan (dengan OIC) kerana pengalamannya selama lebih 40 tahun dalam pembangunan dan persijilan halal serta keupayaan di kalangan Negara Islam lain,”katanya.

Beliau berkata demikian selepasa program perbincangan panel pada peringkat kepemimpinan tertinggi dalam Persidangan Halal Global (WHC) 2014 di Kuala Lumpur, semalam.

Cabaran Industri Halal

WHC 2014 adalah acara tahunan yang dianjurkan HDC dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sempenan Minggu Halal Sedunia bagi membincangkan cabaran yang dihadapi industry halal serta merungkai persepsi industry global pada masa depan.

Persidangan bertemakan Keselamatan Makanan Global – Perspektif Halal itu dijangka disertai lebih 800 peserta industri dari 52 buah Negara yang berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai semalam.

Walaupun OIC terdiri daripada 57 negara anggota tetapi hanya 10 saja Negara Islam yang besar termasuk Arab Saudi. Setakat ini 10 negara berkenaan menunjukkan perkembangan positif bagi inisiatif berkenaan.

Eksport Produk Halal Meningkat

Dalam pada itu, produk halal Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5% tahun ini seiring dengan pertumbuhan industri halal.

Tahun lalu, eksport produk halal Malaysia berjumlah RM32.8 bilion meningkat 2.7 peratus berbanding RM32 bilion pada 2012.

Industri halal perlu mempunyai satu gari panduan standard halal yang jelas serta satu badan yang diakreditasikan bagi memantau semua persijilan halal dikeluarkan oleh Negara Islam.
Malaysia pusat rujukan halal Malaysia pusat rujukan halal Reviewed by Admin on April 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.