Setelah tiga musim bersiaran di saluran HBO, drama siri berkisar peperangan epik, Game of Thrones (GOT) kembali menemui peminat setianya apabila musim keempat akan ditayangkan bermula 13 April ini.
Masih mengekalkan barisan pelakon terdahulu bagi memantapkan penceritaannya dan tidak mahu lari terlalu jauh daripada idea asal, GOT turut menampilkan sebilangan muka baharu demi menambah perisa terhadap ramuan yang sudah tersedia enak.
Berjaya membuktikan keunggulannya apabila merangkul dua trofi pada Anugerah Emmy yang ke-65 tahun lalu, GOT musim ini menampilkan 10 episod yang menjanjikan keterujaan penonton dengan aksi-aksi yang lebih menarik.
Pelakon watak Petyr Littlefinger Baelish iaitu Aidan Gillen berkata, kisah fantasi yang dihidangkan dalam GOT adalah sesuatu yang besar dan ia tidak keterlaluan jika dikatakan telah mencipta satu fenomena yang tersendiri.
“Saya berani mengatakan bahawa GOT berjaya mencapai kegemilangan seperti mana yang dicapai oleh beberapa siri terdahulu iaitu The Simpsons, Mad Magazines dan Saturday Nite Life. Hampir seluruh dunia berbicara mengenai siri ini dan ia satu penghargaan buat kami di barisan pelakon dan semestinya pihak produksi begitu bangga dengan pencapaiannya," katanya.
Menurut Gillen, jika diperhatikan di laman-laman sosial, terdapat beberapa babak telah diparodikan oleh penonton atau peminat dan ia satu petanda bahawa kegilaan mereka terhadap GOT berada pada tahap maksima.
Bukan itu sahaja, tambah aktor berusia 46 tahun itu, kejutan yang dibawakan oleh GOT turut mencerminkan betapa siri ini telah sebati dengan budaya masa kini.
“Dalam musim pertama, tiada apa-apa berkaitan magik ditampilkan sehinggalah kemunculan naga dalam episod ke-10. Walaupun bersifat fantasi, tetapi penonton amat merasai realitinya dan percaya dengan apa yang dipersembahkan. Begitu semulajadi tanpa merasakan adanya bantuan kesan khas.
“Ia mendalami pengalaman manusia yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kita sendiri dan itulah faktor kejayaan produksi GOT dari musim pertama hinggalah kini," katanya.

Drama Bersiri Game Of Thrones Kembali Temui Peminat
Reviewed by Admin
on
April 09, 2014
Rating:
Reviewed by Admin
on
April 09, 2014
Rating:

No comments: