Jika sebelum ini video muzik yang menampilkan empat sekawan, Forteen dilihat agak formal dek kerana lagu mereka yang berentak balada, namun menerusi single terbaharu, Tidak Pernah Berjumpa, kesemua anggota kumpulan tersebut begitu bersahaja dalam suasana yang penuh santai.
Berlatarbelakangkan kota metropolitan Kuala Lumpur, penggambaran klip video ini dilihat begitu ringkas tetapi amat menceriakan di samping alunan lagu rancak yang diterajui vokal Izzue Islam bersama ahli lain iaitu Ariz, Ameerais dan One.
Tidak keterlaluan, jelas terpancar kegembiraan yang telus, tidak dibuat-buat di wajah setiap anggota Forteen yang begitu teruja menjayakan klip video ini walaupun di bawah terik mentari.
Diterbitkan oleh KRU Music, kerancakkan lagu ini diteruskan dengan teknik sunting berkonsepkan fast-cut bagi menampakkan kesinambungan kedua-dua karya antara lagu dan klip video.
Mengulas mengenai lagu Tidak Pernah Berjumpa, ternyata ia sebuah karya yang berjaya memperlihatkan sisi lain Forteen yang sebelum ini lebih menjurus
ke arah lagu bergenre perlahan.
Diciptakan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim, single ini juga buat kali pertama menampilkan Izzue sebagai vokal utamanya, sekali gus menepis dakwaan umum yang mendakwa tidak semua anggota Forteen mampu menyanyi dengan baik.
Maka dengan itu, penghasilan karya ini disifatkan telah mencapai matlamatnya untuk menyerlahkan kepelbagaian yang ada dalam diri setiap anggota Forteen serta kemampuan mereka.
Ini adalah satu petunjuk kepada peminat mereka bahawa Forteen adalah sebuah kumpulan berkualiti, ditambah pula menjelang konsert sulung Forteen diberi nama Konsert Kita 20Forteen yang dijadualkan berlangsung di KL Live pada 26 April ini.
FORTEEN Tampil Dengan Klip Video Terbaru
Reviewed by Admin
on
April 09, 2014
Rating:
Reviewed by Admin
on
April 09, 2014
Rating:

No comments: