LONDON, 10 APRIL 2014: Lagi kisah gambar bogel menjadi perhatian dunia hiburan antarabangsa dan kali ini penyanyi kontroversi Demi Lovato pula terkena badi gambar lucah yang kini menjadi tatapan seluruh dunia.
Melalui media sosial, gambar yang mendedahkan lebih sebahagian daripada tubuh Demi Lovato kini boleh ditonton di dalam portal hiburan antarabangsa seluruh dunia. Foto yang menonjolkan gambar penyanyi itu yang ditemani teman lelakinya iaitu pelakon, Wilmer Valderrama.
Demi dan Wilmer yang juga pelakon siri The 70’s Show itu dilaporkan mula menjalinkan ikatan cinta mereka sejak 2010 lagi namun mereka seringkali putus dan bertindak menyambungnya semula.
Didalam laman Twitter milik Demi Lovato baru-baru ini dia memuatnaik satu status berbunyi Soy fuerte. Soy luchadora. Asi que no me subestimen” atau dalam bahasa Inggerisnya “I am strong. I am a fighter. Do not underestimate me.” Adakah kenyataan ini mampu menghalang daripada penyebaran gambarnya itu?
Apa-apa pun perkara sebegini jadikanlah iktibar kepada semua. Sekali benda sebegini terlepas ke alam Amaya, cara untuk membuangnya adalah mustahil.
Demi sebelum ini mempuyai reputasi yang buruk setelah dikatakan terpaksa memasuki pusat pemulihan kerana ketagihan dadah dan alcohol serta kemurungan yang berpanjangan. Kepada Demi, mungkin ketika ini anda boleh nyanyikan lagu Skyscraper, sekian.-Murai
No comments: