Seo Services

Kerajaan Negeri Akui Masih Gagal Memberi Penjelasan Mengenai Faedah Projek Hidro Elektrik

MIRI 7 April - Kerajaan masih gagal menjelaskan sepenuhnya kepada rakyat tentang keuntungan dan faedah daripada cadangan serta pembinaan empangan hidro elektrik di Sarawak.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, kegagalan itu ­menyebabkan banyak rakyat terutama di Baram kurang mengetahui dan memahami projek Empangan Hidro Elektrik Baram sehingga bertindak menentang pembinaannya.

Beliau berkata, keadaan diburukkan lagi dengan hasutan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempengaruhi penduduk agar menentang projek pembangunan kerajaan menerusi Koridor Tenaga Diperbaruhi Sarawak (SCORE).

"Kamu boleh setuju atau tidak dengan pendapat saya tetapi daripada pemerhatian saya, kita (kerajaan) gagal menerangkan sepenuhnya apa keuntungan (projek empangan) dari sudut ekonomi dan keuntungannya kepada rakyat di Sarawak.

"Sebab itu, NGO asing boleh mempengaruhi dan membohongi rakyat kerana mereka tidak tahu secara mendalam berkenaan keuntungan yang mereka dan anak cucu akan nikmati hasil daripada pembinaan empangan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Program Penyelesaian Prestasi Tinggi Pasukan (HTP) 2014 di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Menurut Adenan, ketika ini, adalah amat penting bagi pihak daripada agensi dan jabatan kerajaan berkaitan memberikan penerangan terperinci tentang cadangan pembinaan Empangan Hidro Elektrik Baram untuk menghentikan NGO berterusan menggunakan isu itu untuk mengelirukan dan membohongi rakyat.

Beliau berkata, kakitangan awam memang tidak digalak melibatkan diri dalam politik tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh ambil peduli tentang isu politik yang berlaku di sekeliling mereka.

"Sebagai kakitangan awam, kita kebiasaannya tidak terlibat dalam kegiatan politik tetapi pada saya itu tidak betul. Sepatutnya, kita sebagai kakitangan awam walaupun tidak digalakkan terlibat dalam politik harus menjadi orang yang sentiasa peka dengan perkembangan politik semasa," ujarnya.

Mengenai program HTP yang dilancarkan, Adenan berharap ini mampu memberi impak kepada sistem penyampaian kerajaan, sekali gus meningkatkan usaha memperkasakan pembangunan di negeri ini.

Kerajaan Negeri Akui Masih Gagal Memberi Penjelasan Mengenai Faedah Projek Hidro Elektrik Kerajaan Negeri Akui Masih Gagal Memberi Penjelasan Mengenai Faedah Projek Hidro Elektrik Reviewed by Admin on April 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.