Seo Services

Kita hilang kerja, industri ditutup, pembangunan dihentikan jika dengar kata mereka

BINTULU: Rakyat tidak harus terpengaruh dengan hasutan aktivis alam sekitar yang mendakwa pelaksanaan pembangunan di negeri ini memusnahkan alam sekitar.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, golongan yang mendakwa sebagai penjaga alam sekitar ini sebenarnya mahu rakyat kehilangan kerja, industri-industri ditutup dan pembangunan dihentikan.

Katanya Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah mewujudkan ribuan peluang kerja yang kebanyakannya diisi oleh anak tempatan Sarawak.

“Aktivis alam sekitar ini tidak memahami ataupun buat-buat tidak faham tentang ekonomi. Mereka mahu anda kehilangan kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Upacara Pecah Tanah Projek Pembesaran Hospital Columbia Asia dan Pembangunan Pusat Komersil Columbia di Jalan Tan Sri Ikhwan, Tanjung Kidurong semalam.

Katanya syarikat-syarikat pelabur luar misalnya Tokuyama, Press Metal dan lain-lainnya telah melabur jutaan ringgit di Samalaju.“

Ini membantu memacu ekonomi rakyat Sarawak serta mewujudkan peluang kerja tetapi golongan itu mahu menghentikan pembangunan.

“Kita sebenarnya amat mengalu-alukan syarikat yang ingin melabur di kawasan SCORE,” katanya sambil menambah, pembangunan terbukti berjaya di negara-negara barat seperti yang dapat dilihat di Jerman, United Kingdom, Perancis, Sweden dan mereka telah melakukannya.

Adenan berkata kita di sini bukan ingin memusnahkan alam sekitar, kita membangun tanpa memusnahkannya dengan menggunakan teknik moden.

“Kenapa kita tidak boleh lakukannya di Sarawak. Namun bermacam-macam propaganda yang dilemparkan yang mendakwa kita mencemar alam sekitar dalam industri yang pada hakikatnya tidak betul,” jelasnya.

Katanya ia juga adalah daripada suara minoriti disebabkan majoriti lebih banyak senyap justeru majoriti perlu bersuara menutup suara minoriti yang melemparkan tuduhan tanpa asas.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada pelbagai pihak yang mengucap tahniah atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri dan berharap rakyat dan pelbagai pihak memberi peluang untuknya memimpin negeri ini.

“Jangan marah sangat sebab baharu sebulan saya menjadi Ketua Menteri, beri saya peluang (untuk memimpin) namun saya berterima kasih kepada yang memberi ucapan selamat, begitu juga semua diharap juga selamat,” katanya. - Utusan Borneo

Kita hilang kerja, industri ditutup, pembangunan dihentikan jika dengar kata mereka Kita hilang kerja, industri ditutup, pembangunan dihentikan jika dengar kata mereka Reviewed by Admin on April 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.