Seo Services

'Batu Nibau' Engkilili Mempunyai Tarikan Semulajadi

Terdapat banyak khazanah semulajadi di Sarawak yang belum diterokai dan boleh diketengahkan. Sarawak kaya dengan pelbagai khazanah alam yang tiada tolok bandingannya yang menjadu keunikan pada negeri ini.

Salah satu khazanah alam yang yang di maksudkan ialah Batu Nabau yang terletak di Engkilili yang telah dikenalpasti berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan bagi Bahagian Sri Aman, dan Engkelili khususnya.

Untuk sampai ke Batu Nabau kuta perlu melalui pejalanan selama lebih kurang 15 minit dari pekan Engkelili ke kawasan rumah panjang sebelum meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki masuk ke hutan selama 10 minit.

Nama 'Nabau' diambil daripada bahasa Iban yang bermaksud seekor ular sawa yang besar. Menurut cerita yang dihebahkan oleh penduduk sekitar pada zaman dahulu, batu tersebut menjadi jambatan untuk ke sungai.

Pelbagai kisah misteri berkaitan batu tersebut dikhabarkan oleh penduduk di situ, antaranya ialah walaupun banjir besar menenggelamkan kawasan sekitar itu, ajaibnya, Batu Nabau itu tidak akan tenggelam.

Batu Nabau dikhabarkan ditemui oleh seorang sami berbangsa Cina yang berasal dari Thailand di mana beliau telah bermimpi bahawa terdapat sebuah batu yang menyerupai ular di kawasan tersebut dan dalam mimpi tersebut sami itu telah diminta pergi ke situ untuk membersihkan batu tersebut menyerupai seekor ular sawa berwarna kuning hitam.

Sehingga ke hari ini, Batu Nabau sering dikunjungi oleh penduduk tempatan mahupun pelancong luar  yang ingin melihat dengan sendiri keunikan dan misteri batu tersebut.

Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Muzium boleh membuat kajian dan penyelidikan mendalam ke atas khazanah-khazanah yang terdapat di daerah  Engkilili, khususnya Batu Nibau supaya khazanah ini mampu dujadikan produk pelancongan yang menarik.

'Batu Nibau' Engkilili Mempunyai Tarikan Semulajadi 'Batu Nibau' Engkilili Mempunyai Tarikan Semulajadi Reviewed by Admin on April 17, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.