KUCHING : Pegawai Perhubungan Awam JPJ Sarawak, Rogie Sawi mendedahkan hasil kutipan saman sepanjang 2013 dicatat sebanyak RM5.5 juta.
Katanya lagi ketika ditemui di Ibu Pejabat JPJ Sarawak,”Jumlah hasil kutipan saman JPJ Sarawak yang telah dibayar pada 2013 adalah sebanyak RM5,563,937.09 di seluruh negeri ini,”
Rogie Sawi juga menggesa mereka yang dikenakan saman tampil untuk membayar saman dengan secepat mungkin sekurang – kurangnya dalam tempoh 60 hari dari tarikh saman dikeluarkan.
Jika ada yang masih berdegil pihak JPJ Sarawak tidak akan teragak – agak menghadapkan mereka ke Mahkamah untuk tindakan selanjutnya.
Pada masa sama, beliau menjelaskan bahawa saman yang dikeluarkan jabatan itu tidak mempunyai tempoh seperti saman polis.
“Dalam sistem kalau mereka bayar cepat maka mereka boleh membayarnya dengan kadar yang rendah, kalau tempoh lama maka tinggilah kadar bayaran saman mereka.
“Saman maksimum yang kami kenakan adalah RM300 sekiranya anda lambat membayar saman,” tambahnya.
Justeru, beliau menasihati rakyat negeri ini yang telah dikenakan saman JPJ agar membayarnya dengan segera.
Kepada sesiapa yang ingin menyemak status saman, anda boleh layari laman web www.myeg.com.my untuk info.
RM 5.5 JUTA! HASIL KUTIPAN SAMAN JPJ SARAWAK
Reviewed by Admin
on
April 15, 2014
Rating:
No comments: