Seo Services

Adenan sokong hasrat Teras sertai BN

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem hari ini menyambut baik kesediaan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) Sarawak. 

Sambil menyokong hasrat parti itu menyertai gabungan BN, beliau berjanji akan membantu Teras dalam proses permohonannya itu. 

"Saya akan memaklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengenai perkembangan ini," kata beliau pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Adenan berkata bagaimanapun, setakat ini belum ada keperluan untuk beliau melakukan sebarang rombakan Kabinet. 

Terdahulu, beliau menerima kunjungan 11 Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pekerja Sarawak (SWP), yang keluar parti masing-masing semalam untuk menyertai Teras. - BERNAMA

Adenan sokong hasrat Teras sertai BN Adenan sokong hasrat Teras sertai BN

Reviewed by Admin on May 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.