Seo Services

SUPP Adakan Mesyuarat Tergempar CWC Ahad Ini

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Parti Bersatu Sarawak Rakyat (SUPP) akan mengadakan mesyuarat tergempar Ahad ini untuk membincangkan tindakan empat anggotanya, yang diketuai bekas penolong setiausaha agung Datuk Seri Wong Soon Koh, keluar parti dan menyertai parti baharu, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).

Tiga anggota lagi ialah Anggota Dewan Undangan Negeri - Datuk Dr Jerip Susil (Bengoh), Ranum Mina (Opar) dan Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkilili).

Pengumuman untuk meninggalkan parti itu dibuat melalui sidang akhbar semalam tetapi mereka masih belum secara rasmi melepaskan keahlian SUPP masing-masing.

Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin Fah Kui berkata: "Kami akan mengadakan (mesyuarat) CWC Ahad ini untuk membincangkannya. Saya akan mengesyorkan kepada CWC untuk mereka dipecat daripada parti. Selepas itu, kami akan memberitahu anda pendirian rasmi parti mengenai perkara ini."

Mesyuarat itu akan diadakan di ibu pejabat SUPP di Kuching, katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Kedua-dua Wong dan Susil memegang jawatan dalam Kabinet negeri. Wong ialah menteri kanan negeri bagi kerajaan tempatan dan masyarakat dan juga Menteri Kewangan (II). Susil merupakan Menteri Muda Kesihatan Awam.

Chin berkata Wong, yang juga Pengerusi SUPP cawangan Sibu, perlu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan kerana beliau memenanginya sebagai calon SUPP di bawah Barisan Nasional (BN). Wong memegang kerusi DUN Bawang Assan bagi penggal kelima sejak memenanginya pada tahun 1991 di bawah tiket BN-SUPP.

"Oleh kerana beliau telah menyertai parti lain, yang bukan merupakan parti komponen BN, beliau harus melepaskan kerusi itu," katanya.

Wong, dalam jawapannya berkata Chin tidak mempunyai hak untuk meminta beliau meletak jawatan sebagai ADUN untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

"Terdapat banyak pertimbangan lain. Bukan semudah itu untuk saya melepaskan jawatan sebagai ADUN yang dipilih. Terpulang kepada kepimpinan BN untuk membuat keputusan. Beliau tidak perlu membuang masa mencari salah saya," katanya dalam satu kenyataan.

SUPP, sebuah parti komponen BN Sarawak, adalah parti politik tertua di negeri ini manakala penubuhan Teras diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Ogos tahun lepas.

Teras bukan parti komponen BN tetapi dikatakan parti mesra BN.

Empat ADUN SUPP, bersama-sama dengan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom, yang juga Anggota Parlimen Saratok dan ADUN Pakan, dan lima lagi anggota SPDP - Datuk Sylvester Entri Muran (ADUN Marudi), Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Rosey Yunus (Bekenu), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) - serta Anggota Parlimen Baram Anyie Ngau keluar parti masing-masing dan menyertai Teras, semalam.

-- BERNAMA


SUPP Adakan Mesyuarat Tergempar CWC Ahad Ini SUPP Adakan Mesyuarat Tergempar CWC Ahad Ini Reviewed by Admin on May 16, 2014 Rating: 5

3 comments:

  1. Drp sebuah parti "nyamuk" dlm sekelip masa TERAS menjadi sebutan ramai ahli politik setempat setelah mendapat tempat di hati bbp ADUN/MP Sarawak.Sejak TS Mawan (mantan Presiden SPDP) dan D Wong Soon Koh (mantan Pengerusi SUPP,Cwgn Sibu) bersama 4 menteri muda merangkap G4 serta bbp ADUN SPDP dan SUPP termasuk ADUN Pelagus (Timbalan Presiden SWP) "melompat" ke dlm TERAS jadi bualan gosip kedai kopitiam. TERAS boleh dianggap "a rising star".Apapun perjalanan politik TERAS masih panjang.

    TERAS tidak boleh dianggap sbg perkembangan politik biasa.Bukan calang2 org yg menyertainya - seorg mantan Presiden , bbp org menteri muda,mantan timbalan presiden,serta ADUN dan MP . Ringkasnya TERAS telah mengumpulkan satu pasukan politik yg agak kuat dlm sekelip mata.Jgn main2.Lagipun "semua mereka" masih memegang jawatan dlm kerajaan dan masih mempunyai pengikut di akar umbi.Tambah pula KM Sarawak dah memberi lampu hijau.

    TERAS ...

    ReplyDelete
  2. ...Halangan utama TERAS ialah komponen BN Sarawak - SPDP dan SUPP.There'll be no good sleep for all of them.

    Sepatutnya SUPP atau lebih tepat lagi TS Peter Chin telah menarik nafas sebab seterunya telah keluar parti.Wong SK telah membantu TS Peter menyelasaikan pergolakan dlm SUPP.TS Peter patut tak perlu mempersoalkan tindakan Wong SK.TS Peter seeloknya lupakan Wong SK sebaliknya "chart a new SUPP without Wong SK".Jgn membuang masa dan tenaga merintih "kehilangan" Wong SK. SUPP must go on with its agenda to safeguard the Chinese.

    TS Tiong should do the same.Efforts should be focussed on strengthening SPDP.A new chapter in SPDP is there for TS Tiong to fill in.Don't waste time on trivial matters.Mawan is no longer in SPDP.

    good luck to all

    ReplyDelete
  3. Say gudbye to spdp & supp.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.