Seo Services

Atlet Sarawak diminta ukir nama

ATLET Sarawak disaran menggunakan temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Perlis sebagai platform untuk mengukir nama di peringkat kebangsaan dan seterusnya di persada antarababangsa.

Menteri Pembangunan Sosial Sarawak, Tan Sri William Mawan Ikom berkata menerusi Sukma, kerajaan negeri berharap dapat melahirkan lebih banyak atlet berwibawa untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa.

"Kami mahu atlet Sarawak mencipta nama pada temasya sukan peringkat kebangsaan agar dapat mewakili negara di peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik," katanya.

Beliau berkata, Sukma telah melahirkan atlet negeri Sarawak bertaraf antarabangsa seperti ratu terjun negara Pandelela Rinong, Jacqueline Sijore (boling), Diana Bong (wushu) dan pemain skuasy Mohd Azlan Iskandar.

"Kami mahu anda semua (atlet) mencipta nama di pertandingan peringkat kebangsaan dan kemudian dipilih mewakili negara di persada antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Sukma Sarawak ke Sukma ke-17 di Perlis dari 24 Mei hingga 4 Jun ini.

Mawan, yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, menyerahkan bendera kepada ketua kontinjen Datuk Lee Khim Shim, yang juga Menteri Muda Sukan.

Beliau juga mengingatkan atlet supaya mengembalikan semula era kegemilangan Sarawak dalam temasya Sukma pada tahun 1990-an apabila menjadi juara tiga edisi berturut-turut pada 1990, 1992 dan 1994.

Kontinjen Sarawak sebanyak 362 atlet menetapkan sasaran lebih 55 pingat emas serta mengintai untuk merampas gelaran juara keseluruhan daripada Selangor.

Pada edisi ke-16 di Lembah Klang tahun lepas, Sarawak memungut empat emas, sembilan perak dan lima gangsa untuk menduduki tempat ke-11 daripada 14 negeri yang mengambil bahagian.Pada edisi 2012 di Pahang, negeri itu menduduki tempat keempat dengan 42 pingat emas.

Sarawak akan menjadi tuan rumah pada edisi 2016.Lubuk emas Sarawak dijangka daripada acara olahraga, akuatik, angkat berat, berbasikal, boling padang, memanah, boling, tenis, wushu, taekwondo, petanque dan pencak silat. - Bernama

Atlet Sarawak diminta ukir nama Atlet Sarawak diminta ukir nama Reviewed by Admin on May 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.