Seo Services

Budak dirogol dalam semak

 
Gambar hiasan




TANGISAN dan rayuan seorang kanak-kanak perempuan minta dilepaskan langsung tidak diendahkan, sebaliknya dia dirogol sebelum ditinggalkan bersendirian di dalam belukar di Spaoh, Betong petang kelmarin. 

 Mujur mangsa yang baharu berusia 10 tahun itu berupaya untuk mencari jalan pulang dan mendapatkan pertolongan daripada keluarganya sebelum dikejarkan ke hospital. 

Menurut sumber, insiden tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Hilir Supa, Spaoh, ketika mangsa berjalan sendirian dipercayai menuju ke sebuah kedai runcit sekitar jam 4.30 petang. 

Bagaimanapun, mangsa dikatakan telah dihampiri seorang lelaki berusia 17 tahun, juga berasal dari kampung berkenaan yang kemudian terus mengheret mangsa ke dalam semak berdekatan.

 “Mangsa berusaha untuk melepaskan diri selain turut merayu kepada suspek namun tidak dipedulikannya, malah mangsa dirogol sebelum dtinggalkan dalam keadaan hampir tidak sedarkan diri di dalam belukar tersebut,” kata sumber. 

Mangsa yang tiba di rumahnya selepas itu terus menceritakan kejadian kepada keluarganya. 

Risau akan keselamatan mangsa, dia kemudian dihantar ke Balai Polis berhampiran untuk melaporkan kejadian sebelum dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. 

 Difahamkan juga, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 17 tahun untuk membantu siasatan.-Utusan Borneo
Budak dirogol dalam semak Budak dirogol dalam semak Reviewed by uMieySurianie on May 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.