Seo Services

Mayat suami ditemui berulat

Serdang : Gempar apabila seorang wanita yang baru pulang melawat anaknya di Australia terkejut kerana menemui mayat suaminya yang sudah berulat di dalam rumahnya terletak di Taman Wawasan, Puchong, di sini.

Mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 54 tahun dipercayai meninggal dunia sekurang-kurangnya sejak lapan hari lalu berdasarkan siasatan keatas keadaan mayatnya. Punca kematian tidak diketahui.

Menurut sumber polis berkata, isteri mangsa yang berusia 50-an tiba di rumah jam 11 pagi sebelum terhidu bau busuk dari dalam kediamannya itu.

Gambar hiasan
Menurutnya, wanita terbabit bagaimanapun terkejut apabila menemui mayat suaminya dalam keadaan berulat dan membengkak di dalam tandas bilik utama kediaman mereka.

“Saya sebelum ini bimbang apabila gagal menghubungi suami saya ketika berada di Australia,” jelas wanita tersebut.


sumber
Mayat suami ditemui berulat Mayat suami ditemui berulat Reviewed by Unknown on May 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.