Seo Services

Panda simbol diplomatik yang menguntungkan?


Lambakkan poster di laman sosial yang berbentuk sarkastik telah disebarkan oleh orang ramai tentang kedatangan dua ekor pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia ternyata telah disalah ertikan makna sebenar kedatangan dua ekor panda tersebut.

Ini kerana rata-rata beranggapan bahawa kemasukkan dua ekor panda berkenaan merupakan pembaziran tanpa menilai dahulu daripada konteks yang sebenar.

Menurut harakahdaily.net yang dipetik menyatakan "kehadiran dua ekor Fuwa dan Fengyi ini secara disedari atau tidak oleh seluruh rakyat Malaysia, keduanya jelas akan membaham duit rakyat sebanyak puluhan juta ringgit. Manakan tidak, dalam laporan dinyatakan bahawa rumah bagi pasangan panda ini sahaja menelan RM25 juta dan di atas tanah seluas 1.6 hektar (empat ekar)! Di mana dengan keluasan ini, kita boleh membina 40 buah bagi rumah semi-D atau sebanyak 60 buah rumah kos rendah!

"Itu belum lagi dikira kos perjanjian yang menelan RM3 juta setahun selama 10 tahun yang mesti dibayar oleh Zoo Negara kepada China seperti mana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012. Tambahan kos lain ialah kos penjagaan yang dijangka menelan belanja kira-kira 1.5 juta setahun".

Konteks sebenar yang harus dilihat orang ramai adalah melalui sudut ini,

Pandangan Pertama: Oleh Norizan Shariff

1. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner) Malaysia, dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun, untuk selama lima tahun berturut-turut.

2. Sekadar perbandingan, nilai dagangan Malaysia – Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun, walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun.

3. Bagaimanapun, pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut, kata Mustapa lagi.

4. Kata beliau lagi, terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini.

5. Hujung Mei ini, genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia – China. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut.

6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara. Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik.

7. “Pinjaman” panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin. Kalau nak diikutkan, buat apalah nak berikan hantaran. Dalam Islam, itu bukan wajib. Membazir saja berikan hantaran!

8. Namun, adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga. Maka, itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia.

9. Kita berharap agar “pelaburan” negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China – sama seperti “pelaburan” kita ke atas hantaran perkahwinan – selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun.

10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa!

Antara lain kenyataan yang diambil kira adalah;



Panda simbol diplomatik yang menguntungkan? Panda simbol diplomatik yang menguntungkan? Reviewed by Unknown on May 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.