Seo Services

Banjir besar terburuk sejarah Serbia, Bosnia


SREMSKA MITROVICA, Serbia 19 Mei - Berpuluh-puluh ribu penduduk di Serbia dan Bosnia terpaksa dipindahkan semalam, selepas banjir terbesar dalam tempoh 100 tahun yang melanda kedua-dua negara itu meragut 44 nyawa setakat ini.

Menurut pegawai tempatan, bencana alam yang bermula kelmarin itu boleh diibaratkan seperti tragedi gempa bumi dan tsunami kerana banyak bangkai haiwan dilihat terapung selain mengakibatkan kemusnahan teruk.

Kira-kira 10,000 penduduk telah dipindahkan setakat ini di lokasi paling terjejas teruk di utara Bosnia, namun beratus-ratus yang lain masih terkandas di pekan Samac.

Sebahagian bandar terputus hubungan sama sekali, namun pasukan penyelamat dilaporkan selamat tiba di beberapa lokasi tersebut.

“Situasi tidak ubah seperti tsunami dan gempa bumi yang berlaku serentak. Air menghanyutkan pelbagai benda. Bangkai haiwan dilihat terapung di mana-mana," kata Nedeljko Brankovic, seorang anggota penyelamat yang berjaya memasuki kawasan kampung Krupanj di barat Serbia selepas dua hari.

Di Bosnia, sebanyak 27 kematian dicatatkan di Doboj, sementara di Serbia, sekurang-kurangnya 16 mayat dijumpai selepas Sungai Sava melimpah.

Satu kematian turut berlaku di Croatia, manakala Kementerian Kecemasan Ukraine menyatakan, bekalan elektrik di kira-kira 100 buah kampung di bahagian utara dan barat negara itu turut terjejas akibat hujan lebat dan angin kencang. - AFP

Banjir besar terburuk sejarah Serbia, Bosnia Banjir besar terburuk sejarah Serbia, Bosnia Reviewed by Unknown on May 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.