Seo Services

Pandelela Rinong dinobatkan Pasukan Wanita Kebangsaan 2013


Pandelela menebus kehampaan kategori Olahragawati apabila dia dan Leong Mun Yee yang memenangi gangsa Kejohanan Terjun Dunia di Barcelona, Julai tahun lalu, dinobatkan selaku Pasukan Wanita Kebangsaan 2013 untuk turut menerima RM20,000.

Seperti diramal, skuad hoki Piala Dunia Remaja dan pasangan penerjun negara Pandelela Rinong-Leong Mun Yee muncul pemenang bagi anugerah pasukan lelaki dan wanita kebangsaan terbaik.

Skuad hoki remaja lelaki yang menduduki tempat keempat dalam Piala Dunia Remaja di New Delhi pada Disember lalu pula memenangi kategori Pasukan Lelaki Kebangsaan 2013 untuk membawa pulang RM20,000 manakala jurulatih mereka, Muhammad Dharma Raj Abdullah memenangi Anugerah Jurulatih Kebangsaan dan RM5,000.

Jaguh bina badan negara, Sazali Samad dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan buat kali ketiga, sementara ratu skuasy Datuk Nicol Ann David mencipta rekod penerima gelaran Olahragawati Kebangsaan terbanyak apabila menerima anugerah itu buat kali kesembilan sejak tahun 1999.

Mereka menewaskan kedua-dua penyandang olahragawan dan olahragawati 2012, Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan Pandelela Rinong (terjun) untuk merangkul piala dan wang tunai RM20,000 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini.


Anggota polis berusia 47 tahun itu dipilih berdasarkan kejayaan mempertahankan gelaran Mr Universe untuk lima tahun berturut-turut dan serta gelaran kesembilannya sekaligus membolehkan beliau membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai RM20,000.

“Saya bersyukur atas kemenangan ini, malah terharu dan gembira kerana memenanginya buat kali ketiga. Saya tidak pernah membayangkan kemenangan ini kerana tercalon pun sudah cukup membanggakan saya.

“Terima kasih kepada panel juri. Bagi saya, berada di samping calon seperti Datuk Lee Chong Wei bukannya senang dan semuanya (calon) hebat-hebat belaka,” katanya yang turut memenangi Anugerah Team Malaysia yang julung kalinya diperkenalkan tahun ini oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) berdasarkan undian terbanyak oleh oleh peminat sukan di laman sosial.

Nicol yang merampas semula kejuaraan di Terbuka Britain kelmarin, kini menambah koleksi kejayaan Olahragawati Kebangsaan selepas memenanginya pada 1999, 2003, 2005 hingga 2010, menewaskan Kelly Tan (golf), Casier Renee Kelly Lee (olahraga), Diana Bong (wushu), Nisha Alagasan (karate) dan Azizatul Asma Abdullah (ekuestrian).


Ratu skuasy dunia itu yang mengumpul gelaran Siri Akhir Dunia, Sukan Dunia, Terbuka Malaysia, Carol Weymuller dan Amerika Syarikat biarpun Pandelela menyaingi hebat dengan dua pingat gangsa Siri Terjun dan Kejohanan Dunia FINA di Beijing dan Barcelona.


sumber
Pandelela Rinong dinobatkan Pasukan Wanita Kebangsaan 2013 Pandelela Rinong dinobatkan Pasukan Wanita Kebangsaan 2013 Reviewed by Unknown on May 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.