Seo Services

Visual Seram 'Ia Wujud'

 Pembikinan filem menggunakan teknik found footage semakin mendapat tempat negara ini. Sekali lagi penggunaan teknik found footage yang dipertaruhkan oleh Metrowealth International Group (MIG) melalui filem baru ‘Ia wujud’ arahan Dharma Aizat. 

 Bertajuk ‘Ia Wujud’, filem tersebut diolah oleh Dharma Aizat berdasarkan visual rakaman yang didapati daripada kamera lima anak muda yang turut membintangi filem ini iaitu Your, Amad, Arif, Anam dan Tommy dan diterbitkan Mangkin Prestij. Menariknya, kali ini pelakon-pelakon tersebut bukanlah diambil secara ujibakat atau yang sedia ada dalam industri hiburan tanah air, sebaliknya sekumpulan anak muda yang menghantar hasil rakaman mereka kepada MIG.

 Ia wujud mengisahkan sekumpulan remaja yang memasuki sebuah taman tema terbiar yang dikenali sebagai Mimaland. Kisah ini berlaku sebelum fenomena kisah seram di Highland Tower. Mereka menyangkakan hantu itu tidak wujud dan cuba bermain permainan 'spirit of the coin' di taman tema terbiar itu. Bagaimanapun apa yang mereka cari itu sebenarnya, wujud. Diedarkan Metrowealth Productions, ia wujud kini memulakan tayangannya di pawagam tempatan.
Visual Seram 'Ia Wujud'  Visual Seram 'Ia Wujud' Reviewed by uMieySurianie on May 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.