Seo Services

Coklat Susu dengan Kacang Hazel Cadbury Dairy Milk tercemar DNA Khinzir







Petra Jaya - Satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Pengesanan DNA Porcine dalam Coklat susu dengan kacang hazel - Cadbury Dairy Milk.

Menurut hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia, mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk dianalisa mendapati dua (2) daripada (3) tiga sampel yang diambil dikesan mengandungi DNA Khinzir (porcine) iaitu;

i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no. ) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

ii)Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA Khinzir (porcine).

Dalam pada itu, pihak pengeluar iaitu syarikat Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta merta.

KKM juga menasihatkan kepada orang ramai supaya membaca terlebih dahulu nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sebarang kemusykilan, orang ramai boleh menghubungi KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsg.moh.gov.my atau di www.facebook.com/bkkmhg
Coklat Susu dengan Kacang Hazel Cadbury Dairy Milk tercemar DNA Khinzir Coklat Susu dengan Kacang Hazel Cadbury Dairy Milk tercemar DNA Khinzir Reviewed by Unknown on May 24, 2014 Rating: 5

2 comments:

  1. Awl sgt la pendedahan pasal ni.ujian br dilakukan februari.baik tggu dedahkn tahun dpn...

    ReplyDelete
  2. Seelok2nya boikot terusss produk2 cadbury ni..istiqamahkn

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.