Seo Services

FAM haruslah berlaku adil kepada Sarawak

Mendengar suara hati penyokong pasukan bola sepak Sarawak merayu agar FAM berlaku adil dengan pasukan Sarawak kerana bola sepak sangat diminati oleh orang-orang Sarawak.

Sehinggakan penyokong skuad Ngap Sayot pernah memberontak pada tahun 2012 yang lalu dengan menggesa Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) keluar daripada naungan badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).Sebagai tanda memberontak, mereka mewujudkan satu laman web dikenali petisyen.com yang meminta FAS keluar kerana menganggap hukuman dikenakan ke atas pasukan mereka bersifat zalim. 

Selain itu, Persatuan Bola Sepak Mukah (MuFA) tampil menyuarakan pandangan sama dengan menggesa FAS mengambil keputusan keluar dari FAM. MuFA melalui Presiden, Abu Seman Jahwie berkata, tindakan FAM itu kejam dan tidak membina untuk sukan bola sepak di negeri itu. 

Menjadikan kemarahan penyokong pasukan Sarawak kepada FAM, pada musim lalu FAM pernah mengenakan denda RM75,500 dan pasukan Sarawak perlu beraksi tanpa penonton untuk empat perlawanan . Secara keseluruhan, FAS terpaksa menanggung kerugian RM500,000. Hal demikian telah membuat api kemarahan kepada penyokong pasukan Sarawak dan FAM dianggap tidak berlaku adil kepada pasukan Sarawak.

“Tindakan FAM itu kejam dan tidak membina untuk sukan bola sepak di negeri itu. Tindakan ini bagaikan satu penderaan dan penghinaan kepada rakyat Sarawak. Lebih baik Sarawak tarik diri lebih awal daripada menyertai kempen bola sepak daripada terus dipermainkan mereka (FAM)”.

Demikianlah kata-kata yang pernah dikeluarkan oleh Abu Seman Jahwie, Presiden MuFA.
FAM haruslah berlaku adil kepada Sarawak FAM haruslah berlaku adil kepada Sarawak Reviewed by uMieySurianie on May 28, 2014 Rating: 5

1 comment:

  1. Kurang jelas apa yg "mencetus" tajuk tersebut.Kenapa berita lama diungkit pd tahun ini? Kita kurang pasti. Yg pasti Presiden FAS telah dipilih sbg salah seorg Naib-Presiden FAM.Wah bukan main2 lagi tu.Kita berharap FAS terus berdaya saing.

    Jgn kita dicorak oleh nostalgia lampau.Era2 di bawah jurulatih/pengurus2 masing2 ada keistimewaan tersendiri.Awg Mahyan dgn caranya sendiri.Begitu juga era pemain Australia spt John Hunter (diberi jolokan "kerbau") berbadan tegap.FAS masa tu dibawah allahyarham Dtk Taha Ariffin.Era tersebut FAS tidak mengalami masalah kewangan yg runcing sehingga era YB Dr Junaidi,YB Richard Riot,YB Dr Murni memimpin FAS.Era2 mereka FAS berdepan dgn masalah kewangan yg amat rumit.Satu sebabnya - FAM dah berhenti memberi grant tahunan yg biasanya lumayan.FAM terpaksa akur dgn syarat Persatuan Bolasepak Dunia yg menghenti/mengharamkan sponsorship nama2 rokok spt Dunhill.Maka sumber kewangan FAS terjejas teruk.Pembiayaan kerajaan negeri pun tak seberapa.Bola sepak Sarawak turut merudum.Hutang banyak.Tak siapapun termasuk syarikat2 yg mau nak sponsor team Sarawak.Tak seorg pun berani nak jadi Presiden FAS walaupun dah ditawar!Dan lain2 nya adalah sejarah.

    Mari kita berilah sokongan kpd FAS.Terima kasih banyak2 kpd Pengarah Yayasan Sarawak (selaku Timbalan Presiden) yg banyak memainkan peranan membawa Sarawak bangkit semula.



    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.