Seo Services

Forbes senarai 100 wanita paling berkuasa di dunia


Forbes hari ini mengumumkan ulang tahun ke-10 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia, dengan Canselor Jerman, Angela Merkel mendahului senarai tahun ini bagi tahun keempat berturut-turut.

Ia merupakan kali sembilan Angela berada dalam senarai itu.

Ini diikuti Pengerusi Rizab Persekutuan US Janet Yellen di tempat kedua, dan Pengerusi Bersama Bill (amp) Melinda Gates Foundation, Melinda Gates, sekali lagi di tempat ketiga.

Dilma Rouseff, Presiden Brazil, turun dua tempat di Nombor 4 manakala Christine Lagarde, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, naik dua anak tangga ke tempat kelima.

"Sempena ulang tahun ke-10 penerbitan senarai 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia, wanita-wanita mengkagumkan dari seluruh dunia ini akan terus membuat impak berpanjangan dalam semua aspek kehidupan kita di dunia," kata Moira Forbes, Presiden Forbes dan Penerbit ForbesWoman. - BERNAMA


Forbes senarai 100 wanita paling berkuasa di dunia Forbes senarai 100 wanita paling berkuasa di dunia Reviewed by Unknown on May 29, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.