Seo Services

‘Hubungan Sejenis’ semakin menular !

Sejak zaman awal para nabi lagi, telah diceritakan tentang manusia yang suka melakukan hubungan sesama jenis (jantina). Hakikatnya, gejala itu tidak pernah pudar walaupun selepas kaum Nabi Lut dimusnahkan. 

Kebelakangan ini, hubungan songsang hebat diperkatakan di sana sini. Jika dahulu, hendak menyebut perkataannya pun sudah membangkitkan rasa malu dan jelik. Tetapi kini, kita boleh lihat bagaimana terdapat beberapa individu mula mengaku mereka adalah ‘gay’ atau ‘lesbian’ atau dalam istilah yang lebih ‘mulia’- mempunyai naluri songsang.Yang peliknya, mereka langsung tidak malu apatah lagi takut kepada Yang Maha Esa untuk mengaku menjadi seorang dalam golongan itu.

Golongan gay, lesbian, dan bermacam-macam lagi gelaran untuk cinta sejenis ini semakin menular. Hal ini adalah oleh kerana ikutan daripada budaya kuning Barat yang menghalalkan apa sahaja amalan kononnya atas dasar hak peribadi individu dan hak asasi manusia’.

Malaysia juga tidak terkecuali daripada menghadapi gejala sedemikian sama ada melalui pengaruh media Barat, kawan yang terlalu kebaratan ataupun berikutan masalah psikologi dan hormon.

Kepada yang mengamalkan hubungan songsang, pernahkan terfikir ke mana hala tuju sesebuah perhubungan songsang itu? Janganlah pejamkan mata, pekakkan telinga hanya kerana hawa nafsu yang bersifat sementara. Gunakanlah akal fikiran yang Allah berikan dengan sebaiknya untuk berfikir mana dosa dan pahala. Jika kononnya bahagia yang dicari? Selama manakah bahagia itu dapat bertahan? Ingatlah kebahagiaan tanpa keberkatan tak akan berkekalan.

Bagi mereka yang pernah melakukan kesilapan dalam hidup ini, kembalilah bertaubat. Sesungguhnya pintu dan peluang taubat tidak pernah tertutup buat mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan dan meneruskan hidup berlandaskan fitrah semulajadi manusia. Insaflah selagi berpeluang.
‘Hubungan Sejenis’ semakin menular ! ‘Hubungan Sejenis’ semakin menular ! Reviewed by uMieySurianie on May 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.