Seo Services

Godzilla: Versi Terbaik Raksasa Ikonik Jepun Setakat Ini

 
60 tahun yang lalu, 1954 sebuah filem berjudul Gojira arahan Ishiro Honda dalam bahasa Jepun terbitan Toho Co., Ltd. telah dibikin. Semenjak itulah filem dan siri televisyen yang menggunakan asas penceritaan menampilkan raksasa Godzilla atau ‘kaiju’ diulang berkali-kali menjadi francais dari negara Jepun yang dipasarkan ke seluruh dunia. 

Godzilla (2014) ialah versi ke-2 hasil tangan pembikin Hollywood iaitu Gareth Edwards selepas Godzilla (1998) yang dahulunya diarahkan oleh Roland Emmerich. Filem kali ini bukan sekuel tetapi dianggap reboot atau dibikin semula dari asas yang sama mengenai serangan Godzilla ke negara Amerika dan beberapa pelosok bumi.

 Filem ini bermula dengan paparan sejarah kononnya pada tahun 1954 selepas ujian bom Hidrogen oleh askar Amerika berhampiran sebuah kepulauan, sirip seekor ‘raksasa’ telah kelihatan muncul di permukaan laut. Di tahun 1999 pula, 2 orang saintis iaitu Dr. Ishiro Serizawa (Ken Watanabe) dan Dr. Vivienne Graham (Sally Hawkins) diarahkan untuk memeriksa penemuan aneh di bawah tanah sebuah lombong di Filipina.

 Sementara itu di Tokyo, seorang penyelia sebuah pusat kuasa nuklear yang juga merupakan fakar fizik dan jurutera iaitu Joe Brody (Bryan Cranston) diarahkan untuk memeriksa gegaran yang dikhuatiri sebagai ancaman gempa bumi. Isterinya iaitu Sandra Brody (Juliette Binoche) yang juga rakan sekerja di situ telah diarahkan memeriksa kebocoran bahan nuklear dari gegaran itu. 

15 tahun kemudian, 2014 anak tunggal kepada Joe dan Sandra iaitu Ford Brody (Aaron Taylor-Johnson) seorang tentera pakar pemati bom mendapat panggilan telefon untuk menjamin ayahnya, Brody yang ditangkap oleh pihak polis. Brody telah menceroboh kawasan larangan kuarantin iaitu perumahan mereka di Jepun dahulu.-ROTIKAYA
Godzilla: Versi Terbaik Raksasa Ikonik Jepun Setakat Ini Godzilla: Versi Terbaik Raksasa Ikonik Jepun Setakat Ini Reviewed by uMieySurianie on May 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.