Seo Services

Buku MH370 : Pesawat kena tembak


Beberapa akhbar dan portal berita asing heboh menyiarkan berita mendakwa sebuah buku yang begitu mengejutkan tentang kehilangan Penerbangan Malaysia Airlines MH370 mungkin tidak sengaja telah ditembak jatuh dan pencarian dilakukan sebagai menutup kejadian yang sebenar berlaku.

Lebih mengejutkan, Nigel Cawthorne penulis buku ‘Flight MH370 The Mystery’ itu turut menyatakan kejadian yang masih misteri itu sengaja dirahsiakan kerana kerajaan tidak mahu sebarang serangan balas yang berlaku.
Buku ini juga mendakwa pihak carian sengaja dihantar dalam arah yang salah sebagai sebahagian daripada perlindungan rahsia yang disimpan. Menurut penulis, pesawat tersebut didakwa telah ditembak dalam latihan ketenteraan.

"Apakah mereka meninggal dunia dalam keadaan menanggung kesakitan, tidak dipastikan nasib mereka? Atau apakah mereka meninggal dunia dalam keadaan pesawat terbakar, terhempas dari langit ketika dikawal lelaki tidak siuman?."

Malahan, Cawthorne juga menggambarkan bagaimana seorang lelaki yang sedang bekerja di pelantar minyak melihat sebuah pesawat terbakar dan ia berada berdekatan kawasan latihan tentera itu.

Waktu kejadian itu dikatakan sama dengan tempoh masa transponder pesawat berkenaan dimatikan.

Penulis yang juga seorang wartawan mendakwa misi mencari telah melakukan operasi di kawasan salah terutama selepas hampir dua bulan tragedi itu berlaku tiada serpihan ditemui di Laut Cina Selatan yang tentunya menimbulkan pelbagai syak wasangka.

"Lagipula, tiada bangkai yang telah dijumpai di Selatan Lautan Hindi,adalah begitu mencurigakan," tambah beliau

Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia (MAS) akan ditemui sekiranya MAS menaik taraf perisian.

“Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat,” dakwa buku itu lagi.
Buku MH370 : Pesawat kena tembak Buku MH370 : Pesawat kena tembak Reviewed by Unknown on May 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.